No Facebook, No SMS, No You-Tube, No Game, No TV, No Internet … Tetapi PECUT … Exam Terlalu Dekat !

August 6, 2011 at 5:57 am | Posted in Uncategorized | Leave a comment



Bruce Jenner adalah juara Olimpik 1976 di Montreal, Canada. Setelah mencuba kali kedua beliau memecahkan rekod dunia dan menggemparkan seluruh Amerika selepas memenangi Pingat Emas acara dekatlon di Olimpik berkenaan. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaannya, Jenner menjawab 

“Aku serahkan diri ku — setiap saat, setiap minit, setiap jam, dalam setiap hari, 365 hari setahun untuk Sukan Olimpik. Aku tidak  berhenti berlatih sehingga 30 Julai 1976 . Aku korbankan empat tahun dari hidup ku semata-mata untuk memenangi pingat emas”.

Dia korbankan dirinya selama empat tahun, iaitu 1,460 hari semata-mata untuk Olimpik. Dalam masa empat tahun itu Jenner berkata, apa saja aktiviti atau perkara yang boleh menghalangnya memenangi Pingat Emas dielakkannnya. Jika makan banyak makanan boleh menambah berat badan, justeru menjejaskan kecergasannya, maka ia akan kawal makanan. Jika tidur lewat malam boleh menghalangnya bangun awal untuk berlatih, maka dia akan tidur lebih awal dan melupakan semua keseronokan berjaga malam untuk apa tujuan sekalipun. Jika dia terpaksa keseorangan berlatih dan berlatih kerana rakannya tidak sanggup turun padang awal dan lama, maka keseoranganlah ia. Pendek kata apa saja yang perlu dilakukan demi memenangi Pingat Emas akan dilakukannnya walaupun letih, sunyi keseorangan dan terpaksa mengorbankan banyak keseronokan semasa. Ia lakukan ini selama 1,460 hari (4 tahun).

Itulah resepi kejayaan.

Wahai para pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Peperiksaan terlalu hampir !. Apa pula resepin kejayaan anda !
Berapa hari lagi DARI HARI INI 6 OGOS 2011 ?
UPSR   Bermula   13 September 2011          —   38   Hari lagi
    PMR     Bermula   04 Oktober 2011              –   58   Hari lagi
    SPM     Bermula    14  Novermber 2011      –   99   Hari lagi
    STPM   Bermula    21 November 2011        –   106 Hari lagi

(Sila kira semula berapa hari lagi anda ada jika kiraan di buat selepas 6 Ogos 2011 — perlu dikemaskini)

Kalau Bruce Jenner sanggup berkorban selama 1,460 hari semata-mata memenangi pingat emas Olimpik, anda yang cuma ada 38, 58, 99 dan 106 hari (dikira dari 6 Ogos 2011 – tarikh posting untuk blog ini ditulis) apakah anda masih mahu belajar seperti biasa saja. Pecut, pecut dan pecut.

Bagi mereka yang benar-benar mahukan kejayaan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan:

PERTAMA:  Guna sepenuhnya masa yang terluang. Masa terlalu sedikit dan amat terbatas. Justeru FOKUS hanya kepada peperiksaan. Ini bermakna perkara-perkara yang yang boleh ditangguhkan selepas peperiksaan mesti ditangguhkan selepas peperiksaan.
TV boleh ditonton selepas peperiksaan
FACEBOOK boleh diupdatekan selepas peperiksaan
YOU-TUBE boleh ditonton selepas peperiksaan
SMS boleh di”mainkan” selepas peperiksaan
TV boleh disambung semula selepas peperiksaan
GAME KOMPUTER juga boleh diteruskan selepas peperiksaan
CHATTING masih boleh diteruskan selepas exam.

TIDAK ADA SEBAB KENAPA NAK BUAT SEMUA DI ATAS SEKARANG. TIADA, TIADA, TIADA SEBAB !

TETAPI: Ulangkaji / Latihtubi / Hafalan / Perbincangan Akademik … semua ini tidak guna lagi selepas peperiksaan. Ia bukan saja perlu dilakukan sekarang, malah perku diperhebatkan sekarang.

KEDUA: Tetapkan berapa lama mahu belajar. Saya berkara paling kurang 4 jam sehari. Apa 4 jam ? Ya, 4 jam. Cuba kita buat sedikit pengiraan, berapa lagi masa yang anda ada sebemarnya. Kita ambil pelajar yang akan menduduki PMR sebagai contoh.

PMR lagi 99 hari. Kalau belajar …
– 4 jam sehari, anda akan beajar 396 jam (99 hari9 x 4 jam)
– 3 jam sehari, anda akan belajar 297 jam
– 2 jam sehari, anda akan belajar 198 jam, dan
– 1 jam sehari, anda akan belajar 99 jam saja.

Mari kita lihat pula, berapa hari lagi kalau dibahagikan tempoh masa di atas dengan 24 jam !
4 jam sehari / 396 jam / bahagi dgn 24  =      16.5  hari saja lagi sebenar !
3 jam seahri / 297 jam                                  =       12.4  hari saja lagi !
2 jam sehari / 198 jam                                   =       8.2    hari saja lagi ! dan
1 jam sehari /   99 jam                                    =       4.1    hari (iich takut … takkan tak nak tambah masa belajar !)

Mari kita pergi lagi sati takah. Apa kata kita bahagikan masa di atas dengan jumlah subjek yang diambil. Katakan 8 subjek PMR.

Belajar 4 jam sehari — 396 jam dibahagikan dengan 8 subjek: 49.5 jam per subjek (lebih sedikit 2 hari per subjek !)
Belajar 3 jam sehari — 297 / 8  subjek  =  37.1 jam per subjek = 1.5 hari saja lebih kurang bagi setiap subjek
Belajar 2 jam sehari — 198 / 8  subjek  =  27.7 jam per subjek = seperti belajar sehari per subjek dari sekarang
Belajar1 jam sehari  –   99 / 8 subjek = 12.3 jam per subjek = separuh hari saja !

KETIGA:   Jadi rumusannya
PELAJAR   tiada pilihan lain, kena berusaha berhabis-habisan dari sekarang ! Fokus 150% kepada pelajaran
IBU BAPA  mesti kena disiplinkan anak. Bukan lagi masa nak keluar ke sana ke sini, bukan lagi masa nak
mengadap internet, TV, facebook, game, sms dan lain-lain. Wajib fokus kepada pelajaran.
CIKGU / PENGETUA / GURU BESAR — guna fakta yang saya kemukakan di atas untuk sedarkan pelajar
yang masih tidak sedar. Buatlah apa yang patut untuk tolak mereka agar pecut habis-habisan.

SELAMAT BELAJAR, SELAMAT MENDIDIK, SELAMAT MEMBANTU … SEMUGA BERJAYA.

Dr.Shukri Abdullah / Kaki Gunung Jerai, Yan, Kedah / Sabtu 6 Ogos …. JUGA SELAMAT BERPUASA. RAMADAN KAREEM

Kilauan Emas …. Confirm Malaysia Darul Tarfih !.

June 11, 2011 at 3:01 am | Posted in Uncategorized | Leave a comment

Dalam satu posting di blog ini pada 25 Februari 2009 saya poskan satu tulisan berjudul  “Malaysia … Apakah Kita Negara Darul Tarfih (Darul Hiburan) ? Saya mempersoalkan kebanjiran program realiti berbentuk hiburan nyanyian / tarian seperti GangStarz, Akademi Fantasia, Mentor,  One in A Million, Bintang Kecil, Malaysian Idol, Ikon Malaysia, Mari Menari, Sehati Berdansa. 

Kini sedang giat diperkenalkan satu lagi program baru – KILAUAN EMAS untuk mereka berumur 45 tahun ke atas. Mak Ayah dan Nenek dan Tok Wan akan dijemput untuk mengasah bakat bagi mencari penyanyi berumur lanjut yang terbaik ! Tak ada idea lain ke !. Memang hebat negara kita, cukup berinovasi, cukup kreatif, cukup imaginatif sehingga orang yang sepatutnya mengajak dan mengajar anak dan cucu agar jauh dari hiburan dan fokus kepada pelajaran, tetapi kini dengan program KILAUAN EMAS dia sendiri yang “melampau-lampau dalam hiburan”

Walau apa pun hujah diberikan, motif utama setiap program di atas ialah untuk menaikkan rating stesyen TV dan program masing-masing di mana secara langsung atau tidak langsung membawa pulangan semakin banyak dari segi iklan komersial dan tajaan. Wang yang menjadi asas utama tanpa memikirkan kesan ke atas remaja dan orang dewasa yang kini semakin terpaut dengan hiburan. Nenek dan Tok Wan sudah pandai menangis apabila seseorang peserta realiti show terkeluar dari pertandingan. Nenek dan Tok Wan lupa menangis apabila cucu mereka tidak pandai solat, cucu tak tau baca Fatihan, cucu tidak boleh hafal Qulhuwallah, cucu mereka tak tahu apa itu Ayat Qursi, cucu mereka tak nak belajar, cucu mereka berfoya-foya. Kini Nenek dan Tok Wan pula akan menangis apabila peserta-peserta terkeluar dari Kilauan Emas !

Saya amat bimbang, Malaysia khususnya MELAYU MUSLIM terlalu banyak disajikan dengan hiburan hingga kini timbul pelbagai masalah sosial. Bila konsert terlalu banyak, tiba-tiba statistik bayi kena buang meningkat, seks luar nikah dan sebagaiya. Masalah Mat Rempit (tak ada pula Chong Rempit atau Maniam Rempit !)  pergaulan sosial terlalu bebas, pelajar ponteng sekolah, malas belajar, disiplin remaja … semuanya kerana remaja kita sudah banyak hanyut !

Jangan salahkan mereka. Siapakah yang menganjurkan, menguruskan, membiayai dsb program-program realiti dan konsert-konsert yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan ? Remaja ke ? Tidak ! Orang dewasa, iaitu Mak Bapak remaja tadi !

Bila pelajar-pelajar turut terbuai dan leka, kita marah mereka, kita berleter mereka dan kita pun buatlah pelbagai program koreksi untuk “membawa mereka balik ke bangkal jalan”. Malang sekali orang politik, termasuk pemimpin negara tidak pernah timbulkan isu ini seolah masalah ini begitu remeh sehingga tak perlu diwacanakan ! Mereka seolah-olah tidak sedar akan fenomena ini akan melumpuh dan meruntuh tamadun dan budaya masayarakat itru sendiri.  Sampai bila nak biaran remaja kita begini. Samai bila ! Sampai bila !

Program realiti yang semakin popular perlu diubah arahhaluan. Wujudnya Imam Muda adalah satu alternatif yang cukup baik.  Memang masyarakat kita menanti program seperti itu. Atas sebab itulah rating program Imam Muda amat tinggi.  Kita perlu ada program realiti seperti The Biggest Loser (sudah ada tetapi kurang dapat perhatian masyarakat Melayu — kena ada the Biggest Loser Melayu version) , Chef Kanak-kanak dan yang seumpamannay. Malah banyak lagi.

Tetapi yang terfikir KILAUAN EMAS. Patut ada program mengajak orang-orang tua-tua beribadah, bukan menyanyi dan menari ! Jika trend ini berterusan, betullah kita ni Malaysia Darul Tarfih (Darul Hiburan) !

Filem Hantu, Cinta dan Komedi …. Masyarakat Melayu Masih Utamakan Hiburan !.

June 1, 2011 at 3:58 pm | Posted in Uncategorized | 1 Comment

Dua hari yang lepas saya telah membeli sekeping cakera DVD bagi filem “Aku Tak Bodoh” (ATB) adaptasi dari filem asal “I Not Stupid 2″ (INS2) arahan Jack Neo dari Singapura.  Sebenarnya saya telah mencari DVD filem ini sejak dua bulan yang lalu, malang sekali penjual DVD yang lazimnya biasa dengan filem-filem tempatan mahu pun luar negara langsung tidak pernah dengar akan kewujudan filem ATB. Ia menunjukkan filem ini tidak mendapat tempat dan perhatian masyarakat. Hairan bin ajaib !

Saya telah menonton filem INS2 sejak dua tahun lalu, bukan sekali tetapi beberapa kali. Hebat Jack Neo sebab filemnya hebat, plotnya hebat, mesejnya hebat. Apabila saya menonton filem berkenaan edisi Melayu keluaran Kuala Lumpur (ATB) saya boleh rasa serta nampak beberapa kekurangan berbanding dengan filem asal. Ada beberapa babak yang dalam filem INS2 cukup menyentuh perasaan, namun kurang mengancam dalam ATB.

Bukan di sini untuk mengupas dan membincang perkara berkenaan. Namun pada umumnya mesej filem adaptasi berkenaan sampai (mungkin kerana saya telah menonton filem asal Jack Neo, maka saya terpengaruh untuk membuat perbandingan). Walaupun beberapa kekurangan, saya tetap mengucapkan tanhniah dan syabas kepada sutradara dan pelakon-pelakon ATB. ATB tetap menyentuh perasaan mungkin lebih-lebih lagi kepada mereka yang menonton filem ini buat pertama kali.

Namun isu di sini bukan mahu membuat penilaian mengenai filem berkenaan tetap[i mahu membuat penilaian akan sambutan masyarakat Melayu ke atas filem tersebut.

Filem ATK mengenengahkan kisah konflik famili di mana (a) ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tiada masa untuk si anak (b) ketidakpandaian ibu bapa memenangi hati anak, justeru wujud jurang komunikasi antara mereka (c) kecenderungan ibu bapa memperkecilkan potensi dan kebolehan anak mereka serta (d) wujudnya guru yang kurang bijak yang mempu menawan hati anak didik mereka. Semua ini menjadikan filem berkenaan seronok ditonton serta penuh dengan pengajaran bermakna sama ada dilihat dari kacamata ibu bapa, guru, mahupun si anak/ murid itu sendiri. Kadang kita berfikir dan merenung mesej tajam yang ingin disampaikan, ada kalanya kita ketawa akan beberapa watak dan episod dan ada masa dan ketika di mana kita hampiur berlenang air mata.

Isu pokoknya di sini, kenapa ia tidak mendapat tempat yang sewajarnya di hati masyarakat Melayu. Mesej yang mahu disampaikan oleh Jack Neo amat sesuai dan bertepatan dengan masalah dalam masuarakat moden. Dalam situasi di mana para ibu bapa semakin sibuk dengan kerja dan pencarian rezeki setiap hari, anak-anak yang dibiarkan kurang mendapat perhatian terlibat dalam pelbagai masalah sosial. Filem ini memang bertapak di dunia nyata.

Sebaliknya pula masyarakt Melayu terlalu terpaut dengan filem komedi dan filem hantu murahan yang tidak ada apa-apa unsur pengajaran yang mempu mendidik masyarakat melonjak ke aras yang lebih tinggi. Paling terkejut ialah apabila sebulan lalu saya mengikuti ceramah agama dikampung saya yang disampaikan oleh seorang penceramah yang agak terkenal yang kerap sangat memetik kata-kata “cecita” diikuti dengan gelak ketawa penonton. Saya tidak faham pada mulanya kenapa pendengar ketawa apabila penceramah berkenaan menyebut perkataan berkenaan serta lain-lain petikan yang agaknya semuanya dari petikan filem tertentu. Penceramah berkenaan seterusnya menyanyi (petikan) serta menghidangkan banyak jenaka yang diikuti dengan sambutan ketawa para pendengar hinggakan pada saya tenggelam mesej utama yang mahu disampaikan. Dia pada saya melepaskan peluang keemasan masa dan peluang untuk mendidik pendengar. Ia berjaya memberi ceramah yang baik namun lebih menghiburkan pendengar hari itu.

Apa pointnya ?  Apakah kita harus ikut minda masyarakat Melayu yang umumnya berfikiran cetek kerana hidangan filem-filem murahan atau kita khususnya penceramah mengambil peluang untuk mendidik masyarakat Melayu untuk belajar berfikir hal-hal yang lebih serius yang mencakupi survival bangsa, survival ummah ? Isunya ialah tahap pemikiran Melayu perlu dididik untuk membangunkan diri bukan leka dengan hiburan. Terlalu banyak hiburan masa kini. Cuba lihat peratusan program popular TV semuanya berasaskan hiburan. Radio pun sama. Dalam banyak stesyen radio (kerajaan dan swasta) hanya dua yang ada sumber pendidikan yang banyak iaitu Radio IKIM dan Radio BFM 89.9 (yang terhad siarannya ke Lembah Kelang). Lain-lain stesyen termasuk Radio Klasik (dulunya Radio Malaysia Nasional) hanya menyajikan menyanyi, menyanyi, menyanyi. Komponen untuk berfikir dan mendidik masyarakat terlalu sedikit.

Rumusannya selagi pautan kepada hiburan, lekatan kepada babak hantu, kegilaan kepada komedi menguasai masayarakat, kita akan semakin hanyut. Sudah sampai masanya fikiran kita lebih tertumpu kepada masa depan bangsa dan agama bukan hanya dalam konteks dimensi politiknya tetapi dalam segala segi — ekonomi, sosial dan budaya. Selagi kita malas berfikir dan mudah terpaut dengan watak-watak “juling” dan “jongang”, sibuk berlebihan dalam masalah “mentor dan protege”, kalut mahu memilih siapa yang akan menjuarai lawak itu, lagu itu dsb. saya bimbang kita lupa akan masalah besar yang melanda masyarakat kita. Ayuh, fikir-fikirlah.

Atur Masa Untuk “Xue Xi” Semasa Cuti … !

May 27, 2011 at 8:47 am | Posted in Uncategorized | 1 Comment

Perkataan Cina Untuk Pembelajaran ...

Xue Xi semasa cuti ? Itu mungkin soal pertama yang berlegar dalam pemikiran anda. “Xue Xi” ialah perkataan Cina untuk “pembelajara”. Yang menariknya, bagi orang Cina pembelajaran bukan sekadar “Xue” yang bermaksud “to study” atau “belajar”. Itu turut meliputi “Xi” atau “to practice constantly” atau “latihan berterusan”.

Ingat …. belajar itu kurang sempurna tanpa latihan, latihtubi, latihan, latihtubi ….

Semasa cuti ini bagaimana sepatutnya pelajar atur masa mereka. Saya tidak percaya kepada “jadual waktu”; justeru saya tidak akan meminta pelajar memBuat jadual waktu untuk dua minggu sehingga 12 Jun nanti.

Pada awal tahun ramai pelajar membuat jadual waktu. Tetapi berapa hari bertahan ? Tidak lama. Itulah pengalaman ramai pelajar. Justeru itu saya tidak pernah meminta pelajar membuat jadual waktu. NAMUN kalau ada pelajar yang selesa menggunakan jadual waktu untuk membantu pembelajaran mereka, maka teruskan … silakan.

OK beginilah cara terbaik untuk menentukan penggunaan masa yang berkesan semasa cuti.

PERTAMA tentukan berapa jam mahu belajar dalam sehari. 3, 4 atau 5, malah 6 jam ? ITu terpulang kepada peajar. Namun kalau anda pelajar Tahun 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5 atau Tingkatan 6 Atas, maka elok memanfaatkan sepenuhnya cuti dan menambahkan masa belajar. Berapa lama ?  Saya ingin mencadangkan minimum 3 – 4 jam kepada pelajar Tahun 6 dan di antar 4 – 6 jam bagi lain-lain pelajar sekolah menengah.

Ada orang berkata …  wow, lamanya. Kan ini cuti ? Betul. Jawapan saya “cuti tidak ke sekolah” bukan “cuti belajar”.

Mari kita ambil belajar 4 jam sehari. Satu bebanankah ?. Cuba perhatikan. Pagi 2 jam, katakan 9 – 11 pagi. Petang 1 jam 3-4 petang dan malam 1 jam 9 – 10 malam. Perhatikan masih banyak masa yang lapang untuk bermain, menonton TV, ber”facebook”, chatting dsb. Kalau begitu 5 aTau 6 jam pun bukan satu benanan sebenarnya.

Tetapi ingat ini bukan bermakna itulah masa belajar (seperti contoh di atas) yang perlu dikekalkan sepanjang cuti ini. Tidak dan tidak. Anda boleh ubah-ubah waktu ikut kesesuaian aktiviti hari itu, tetapi prinsip 4 jam sehari kekal. Kalau pada siang harinya teman ibu bapa ke kenduri atau ke rumah nenek, maka gunakanlah waktu malam. Masa di atas bukan fixed / tetap. Ia tertakluk kepada perubahan. Yang tetap/fixed ialah jumlah jam yang mahu dikekalkan elajar dalam sehari.

KEDUAnya tentukan subjek apa yang mahu difokus dan dalam subjek berkenaan tajuk mana yang mahu dipelajari bersungguh-sungguh. Elok awal-awal senaraikan secara khusus tajuk-tajuk yang mahu difokuskan.

ITu saja. Yang penting studi, enjoy dan guna juga masa menziarahi nenek di kampung …. SELAMAT BERCUTI

eBook 1 Malaysia … Pengetua / Cikgu … Apa Nak Buat Dengannya ?

May 19, 2011 at 7:35 am | Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sejak kebelakangan ini puluhan ribu ebook percuma telah diedarkan percuma kepada pelajar-pelajar terpilih di kawasan-kawasan Parlimen tertentu (saya tidak pasti sama ada ke seluruh negara atau tidak). Yang saya tahu, 2 minggu lalu pelajar-pelajar di kawasan Arau (Perlis) menerimanya, minggu lalu pelajar di kawasan Jerlun (Kedah) pula manakala minggu hadapan giliran pelajar-pelajar di kawasan Parlimen Padang Rengas dan Kuala Kangsar. Awal tahun ini saya telah ke Lubuk Antu Sarawak. Maklumat yang saya perolehi dari sekolah SMK Lubuk Antu ratusan eBook telah diedarkan. Walau bagaimanapun penerima Ebook berkenaan perlu membayar sedikit wang access internet.

Apa tujuan penyerahan bahan berkenaan tidak jelas sebab tidak ada perisian khusus dan tertentu untuk kegunaan pelajar. “Mereka bagi, kita ambil sajalah” … itu respon majoriti pelajar yang memperolehi Ebook berkenaan. Malah pihak sekolah sendiri pun tidak pasti. Yang mereka tahu, pada sekian-sekian haribulan pelajar tertentu perlu menerimanya dalam satu majlis yang lazimnya dihadiri oleh ahli politik setempat, lazimnya wakil Parlimen. Pengetua dan lain-lain wakil sekolah juga perlu hadir bersama. Kita tidak perlu membicarakan secara lanjut, ternyata ia merupakan satu projek politik.

Jika tidak dibimbing untuk menggunakannya dengan betul saya bimbang pelajar yang tidak tahu mula memandaikan diri dengan facebook, chatting serta melayari you-tube. Yang lain pula mungkin terlekat dengan game komputer. Jika ini berlaku (dan ia pasti berlaku memandangkan generasi masa kini adalah generasi digtial) maka pemberian Ebook lebih banyak menimbulkan masalah daripada memberi faedah !

Baik …  bagaimana harus kita manfaatkan ? Jika ada Pengetua yang mahukan jawapan, sila hubungi saya kerana saya ada satu formula mantap khususnya untuk membantu mereka yang mendapat Ebook dan yang tidak dapat pula mereka boleh sama ada pakai komputer di makmal komputer sekolah atau pun penggunaan komputer sendiri di rumah. Ada satu kaedah penggunaannya untuk bantu pelajar khusus untuk mencapai target kecemerlangan sekolah terutama bagi yang akan menduduki PMR. Pokoknya PEMANTAUAN yang bijaksana oleh guru dan/atau ibu bapa ke atas penggunaan komputer. Prinisp dan caranya, sila Emailkan kepada drshukri@ymail.com atau drmshukri@yahoo.com dan kita boleh atur pertemuan untuk kami terangkan kepada pihak sekolah.

SELAMAT HARI GURU: Cikgu … Gaji Anda Mungkin Tidak Lebat, Namun Rezeki Banyak …

May 14, 2011 at 4:40 pm | Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hampir dua tahun lalu saya dan isteri mengembara ke seluruh negara untuk menemuramah serta berbual-bual dengan ibu bapa cemerlang Malaysia. Kami berkesempatan melawat sembilan buah rumah di empat buah negeri – tiga di Johor dan Kedah, dua di Kelantan dan satu di Pahang.

Apakah definisi “ibu bapa cemerlang” ?. Secara simplistik kami memilih ibu bapa yang mana anak mereka menyerlah dalam peperiksaan khususnya SPM. Definisi ini memang terhad. Kami telah menghubungi dan memilih sembilan keluarga, tujuh dari keluarga berkenaan bergambar di atas. Dua keluarga yang tidak disenaraikan di atas ialah keluarga pelajar “miskin-terbilang” dari Kota Bharu, iaitu ibu bapa Nik Nur Madihah (SPM 2008: 20A) dan ibu bapa G-Muneswaran dari Sungai Petani, Kedah  (SPM 2009: 15A1).

Gambar-gambar di atas adalah seperti berikut: (1) Puan Sabariah Hassan (Kota Tinggi, Johor), ibu Nur Amalina Che Bakri (SPM – 17A1) bersama saya dan isteri (Puan Khadijah Zakaria). (2) En. Saiful dan isteri Puan Zainora  (Kulim, Kedah) ibu bapa kepada pelajar kembar Mohd Aiman dan Mohd Iman (SPM – kedua-dua pelajar 10A1, 1A2, 1B3) juga bersama saya dan isteri. (3) En Jamil dan Puan Zakiah (Rengit, Batu Pahat) ibu bapa kepada Nadiah Amirah (SPM 18A) dan saya dan isteri (4) En Hasbullah dan Puan Kamariah (Gelang Patah, Johor), ibu bapa kepada Norlaila Najwa (SPM 16A1) (5) Puan Yong Choon Ting (Mentakap, Pahang) ibu kepada Quek Khai Ren (SPM 16A1) dan Pn Khadijah (6) En Azlan dan Puan Rozita dari Tikam Batu, Kedah, ibu bapa pelajar terbaik negara setakat ini, Azali Azlan (SPM 21A) bersama saya dan isteri dan (7) Encik Mukhtar dan Hajjah Aishah, ibu bapa kepada Siti Fatimah (18A).

Yang paling menariknya, dari sepuluh pelajar cemerlang (dari sembilan keluarga), hanya dua daripadanya ibu atau bapa mereka bukan guru – iaitu ibu bapa Nik Nur Madihah dan G.Muneswaran. Atas sebab itu, gambar mereka tidak dimasukkan di atas untuk posting ini.

Ibu Nur Amalina (1), ibu dan bapa Nadia Amira (3), ibu bapa Norlaila Najwa (4) serta ibu dan bapa Azali Azlan (6) adalah guru. Bagi yang lain ibu kepada pelajar kembar Aiman-Iman (2), ibu kepada Quek Khai Ren (5) dan ibu kepada Siti Fatimah (7) adalah guru. MasyaALlah, hebatnya profesion guru. Mereka menguasai “carta teratas ibu bapa pelajar cemerlang Malaysia” !

Inilah di antara tekanan saya kepada para guru ketika menyampaikan ceramah dalam Seminar SuperTeaching. Saya menekankan bahawa dari segi gaji sememanngnya tidak lumayan. Adakalanya pelajar yang Cikgu mengajar sama ada di sekolah rendah atau menengah akan memintas gaji Cikgu hanya beberapa tahun selepas menerima ijazah dari universiti. Malah ada yang hanya memperolehi Diploma juga turut memotong gaji Cikgu mereka hanya beberapa tahun setelah keluar kolej khususnya yang melibatkan diri dalam bisnes atau sektor swasta.

Melihat anak didik mereka berkereta lebih besar,  rumah lebih besar, gaji lebih besar … malah pangkat lebih besar daripada mereka bukanlah perkara luar biasa. Kesimpulannya gaji guru tidaklah sebesar mana dibandingkan profesion lain, khususnya yang terlibat dalam perniagaan sendiri dan pekerjaan di sektor bukan-kerajaan.

Namun REZEKI si guru mungkin lain pula walaupun gaji mereka bukan yang tersenarai di kalangan profesion mewah. Apakah yang dimaksudkan dengan rezeki ? Kamus Dewan (Edisi Keempat, 2005) memberi beberapa definisi berikut berkaitan dengan “rezeki”. Satu dari definisinya ialah “segala sesuatu yang dikurniakan oleh Allah untuk keperluan rohani dan jasmani seperti makanan, ilmu dsb”.

Ruang lingkup “pendapatan” hanya terhad kepada ukuran kewangan, iaitu jumlah gaji yang diterima. Dalam konteks kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada guru ia juga meliputi kemudahan pinjaman wang untuk belian rumah, kenderaan dsb. serta lain-lain faedah material. Itu saja. Justeru, diukur dari segi itu, “pendapatan” guru sememangnya tidak lumayan.

Ini tidak bermakna rezeki mereka turut terhad. Rezeki turut meliputi kesihatan dan keluarga (anak-anak). Mempunyai jiran yang baik dan membantu juga satu rezeki. Adanya adik beradik dan kawan rakan yang bagus, anak yang berjaya dalam pelajaran, justeru mendapat biasiswa untuk pengajian sehingga ke peringkat tertinggi juga satu rezeki. Malah ketenangan fikiran juga satu rezeki besar.

Ini jelas sekali dengan tujuh keluarga di atas. Anak-anak mereka hebat, justeru mendapat bantuan belaka (biasiswa yang mewah termasuk biasiswa Kijang Emas Bank Negara) untuk meneruskan pelajaran. Ia bukan semata-mata kerana anak mereka rajin belajar, malah pada saya a merupakan ganjaran kepada usaha mereka yang memberi perkhidmatan terbaik mengajar anak-anak orang — 30 ke 40 pelajar dalam kelas. Itu satu rezeki yang jelas sekali. Bayangkan ibu bapa lain yang memperolehi gaji dua kali ganda dari gaji ibu bapa di atas tetapi terpaksa membiayai sendiri kalau si anak mahu sambung belajar ke institut pengajian tingg, lebih-lebih lagi ke luar negara !

Malah dari perbualan kami dengan ibu bapa pelajar-pelajar hebat itu mungkin kata-kata ibu Norlaila Najwa, Cikgu Kamariah (guru SMK Gelang Patah) dapat merumuskan persoalan yang mahu ditekankan di sini. Katanya “anak murid, anak kita” dan “macam mana anak kita berjaya, macam itulah kita mahu anak murid kita berjaya”. Kata-kata tersebut memberi gambaran jelas kepada komitmen mereka terhadap profesion mereka dan ke atas anak didik mereka.

Dalam konteks inilah saya memberi “motivasi” dan juga “amaran” kepada peserta Seminar SuperTeaching yang dihadiri oleh guru. Saya menenkankan kepada guru yang “tidak atau kurang bersungguh-sungguh mengajar” serta yang “tidak atau kurang prihatin kepada anak didik mereka” … agar berjaga-jaga kerana takut nanti anak-anak mereka akan diajar oleh guru yang macam mereka atau mungkin ebih teruk lagi !”. Nah … pada ketika itu, apa perasaan anda. ! Kepada guru-guru yang belum ada anak dan yang belum berumah tangga, mereka juga ada adik ! Kalau anak-anak semuanya sudah bekerja, mereka barangkali ada cucu ! Ia satu peringatan yang selalunya mendapat perhatian serius peserta semina saya.

Kepada guru yang betul-betul berkhidmat di sekolah; yang bersungguh-sungguh mengajar; yang amat prihatin akan perkembangan positif anak didik mereka, saya menekankan “USAH BIMBANG CIKGU. TUHAN MAHA ADIL. INSYAALLAH ANAK-ANAK CIKGU AKAN MENDAPAT GURU YANG MALAH LEBIH HEBAT LAGI DARIPADA CIKGU SENDIRI. KALAU TIDAK HARI INI ESOK, TIDAK TAHUN INI TAHUN HADAPAN, KALAU TIDAK DI SEKOLAH RENDAH, DI SEKOLAH MENENGAH”. Jadi saranan saya kepada mereka, SYABAS danTERUS PERHEBATKAN KHIDMAT ANDA.

Malah peringatan di atas bukan hanya kepada guru. Ia terbuka kepada sesiapa saja. Dalam apa juga profesion yang kita ceburi, jika kita berkerja bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membantu pelanggan kita, nescaya kita akan mendapat ganjaran balas dalam pelbagai bentuk. InsyaAllah rezeki kita lebih murah nanti.

KEPADA GURU-GURU MALAYSIA PUN, ITULAH PESANAN SAYA. SYABAR DAN SELAMAT HARI GURU

Dr. Shukri Abdullah, Seri Manggis, Yan Kedah, 12.21 Malam 15 Mei 2011.

Ini

SELAMAT BERTEMU KEMBALI …..

May 12, 2011 at 3:10 am | Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sememangnya sudah lama saya tidak upgrade blog ini. Maaf, maaf, maaf. Give me few days. I’ll certainly update dan aktifkannya. Salam kemafaan dari saya, Dr. Shukri. Khamis 12 Mei 2011

Power Corrupts, Absolute Power Corrupts Absolutely … Cukuplah 30 Tahun …

February 3, 2011 at 2:39 am | Posted in Uncategorized | 1 Comment

Sedih dan simpati dengan brothers and sisters di Mesir yang terpaksa berhempas pulas menuntut Mubarak letak jawatan. Kini demonstrasi yang berjalan aman damai selama lebih 8 hari bertukar jadi ganas apabila polis-polis rahsia bertopengkan pro-Mubarak serta mereka yang berkepentingan ikut tunjuk perasaan pro-Mubarak bertindak ganas dengan berkuda (dan berunta) memulakan kekacauan. … Semuga Allah memberi kekuatan kepada rakyat kebiasaan yang menuntut keadilan di bumi mereka sendiri.

KHAMIS, 10.40 Pagi

 

TUNISIA, MESIR … SELEPAS INI … !

February 1, 2011 at 2:44 am | Posted in Uncategorized | Leave a comment

Saya sendiri ada my own choice negara mana patut ikut jejak langkah Tunisia dan Mesir … tetapi biarlah disimpan dalam hati saya saja. Itu kita bicarakan kemudian.

Back In Business …. Kembali Bertemu Anda

February 1, 2011 at 2:35 am | Posted in Uncategorized | 1 Comment

Maaf jutaan dan trillion maaf kerana atas sebab-sebab TEKNIKAL semata-mata, hampir 18 bulan blog ini tidak diaktifkan.
No more. InsyaAllah saya akan kembali mengaktifkan blog ini tidak lama lagi.
Dr. Shukri Abdullah drshukri@ymail.com

Next Page »

Blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.