SMA Unwanus Saadah, Banting

August 29, 2008 at 1:32 am | Posted in Foto Seminar, Seminar | 8 Comments
Tags:

28 Ogos 08 – Seminar Pecutan Akhir Peperiksaan. Seminar terakhir sebelum menyambut bulan mulia Ramadan. Sertamai 285 pelajar Tingkatan 3 (PMR), Tingkatan 4 (SMA) dan Tingkatan 5 (SPM) menyertai seminar berkenaan yang diadakan di Dewan ILP Kuala Langat. Ia turut disertai oleh beberapa orang guru serta Pengetua sekolah berkenaan.

   

             

Kursus Membaca, Melancar dan Menghafaz Al Qur’an Bersama Dr. Haji Mohd Shafie Haji Mohd Amin

August 25, 2008 at 2:26 pm | Posted in Foto Seminar, Panduan untuk Guru, Panduan untuk Ibubapa | Leave a comment
Tags:

23 Ogos 2008

ABSB telah menganjurkan kursus di atas selama sehari (8 pagi – 5.30 petang) yang dihadiri oleh 70 orang peserta (dari pelajar sekolah rendah hinggalah kepada orang dewasa). Ia diadakan di Oditorium Perkeso, Seberang Jaya, Seberang Prai. Kursus berkenaan dikendalikan oleh seorang al-hafiz juga seorang akauntan bertauliah (ACCA), iaitu Dr. Haji Mohd Shafie bin Haji Md Amin dari Al Huffaz Consulting Sdn. Bhd. (www.al-huffaz.com.my

Dr. Haji Mohd Shafie bersama Dr. Shukri Abdullah. Dr. Shukri turut mengambil peluang menyampaikan satu jam ceramah pada permulaan sesi yang menyentuh mengenai cabaran keibubapaan masa ini di atas tajuk “Rumah Tanpa Pagar: Menangani Cabaran Keibubapaan Masakini”.

Sebahagian daripada peserta yang mengikuti Kursus berkenaan.

Di antara cetusan pemikiran yang boleh dikongsi dari Kursus di atas ialah:

1. Hafazan Al Qur’an tidak terbatas hanya kepada kanak-kanak atau pelajar peringkat persekolahan. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan kita memiliki persediaan mental yang betul, menggunakan kaedah yang berkesan serta usaha yang berterusan (istiqamah).

2. Allah tidak melihat hasil hafazan kita. Dia melihat usaha yang kita pamerkan. Ia berbeza dengan manusia yang cenderung bertanya: “Berapa juzuk sudah engkau hafaz ?” dan soalan-soalan yang seumpamanya. Justeru itu selagi seseorang itu terus berusaha dan berusaha menghafaz Al Qur’an, ia akan mendapat ganjaran dari Allah walaupun mengambil masa yang lama untuk menghafaz Al Qu’ran.

3. Orang dewasa menghafaz Al Qu’ran itu MUSTAHIL … IMPOSSIBLE ! Kalau kita buat apa yang Allah suka, ingat dengan bantuan Allah tidak ada apa yang mustahil. Kalam MUSTAHIL itu hanyalah pada logika manusia, bukan pada pandangan Allah. Dengan izin dan pertolongan Allah, tidak ada apa yang mustahil di dunia ini.

4. The best teacher is Allah, so to get the most, be close to Allah.  Allah is also the most intelligent, so to be intelligent (in academic for instance), be close dan ask for assistance from Allah (but must be preceeded by working hard first !)

5. Kaedah Al-Huffaz yang diperkenalkan oleh Dr. Mohd Shafie menekankan kepentingan mengulang-ulang ayat yang mahu dihafal di antara 60 ke 200 kali sehingga ia tertanam di subconscious mind kita. Buku untuk memudahkan aktiviti hafalan juga dibekalkan. Ia berpandukan kepada kefahaman konsep Short-term and Long-term memory.

6. Dalam aktiviti hafalan, ibubapa selalau menanya anak mereka “Sudah berapa juzuk engkau hafal?”. Sebenarnya soalan yang lebih relevan ialah, “Berapa juzuk yang kamu masih ingat?”. Ramai orang menghafal Qur’an tetapi ramai juga yang lupa selepas itu. Kaedah Dr. Mohd Shafie berusaha untuk menangani masalah berkenaan.

Sediakan Checklist atau Senarai Semak Untuk Memberkesani Ulangkaji Menghadapi Peperiksaan.

August 21, 2008 at 2:23 pm | Posted in Panduan Peperiksaan | Leave a comment
Tags:

21 Ogos 08

Masa  semakin terhad. Bilangan matapelajaran yang telah didaftarkan untuk peperiksaan agak banyak. Tajuk yang perlu diulangkaji berlambak. Kemudian banyak juga yang kurang difahami. What should I do. What ? What ?

Usah mengamuk, ada jalan keluar. Buat satu checklist bagi setiap subjek yang bermasalah. Bagaimana ?. Ini caranya:

1. Buat satu senarai semua topik yang termaktub dalam silibus peperiksaan anda bagi sesuatu subjek. Katakan subjek K semuanya ada 14 topik.

2. Atur topik mengikut kategori tertentu. Kategori ini mungkin dari segi (1) Topik paling tidak difahami, sederhana difahami, dan paling difahami atau kategori (2) Topik yang paling penting (maknanya kemungkinan keluar dalam peperiksaan amat tinggi) kepada topik yang paling tidak penting.

3. Kemudian buat satu jadual meliputi: (i) Topik mana dulu perlu diperkemaskan untuk seminggu atau dua minggu akan datang dan seterusnya hingga dua tida minggu sebelum peperiksaan. Kemudian setelah anda kenalpasti topik mana dan bila kena ulangkaji, maka lakukanlah apa yang dirancangkan.

4. Baca buku ulangkaji yang berbeza penerbitannya (bukan Penerbit Sasbodi atau Shortman sahaja, mungkin rujuk juga penerbit lain seperti Fajar Bukit, Nadilmu dsb — jangan beli buku dari semua penerbit itu, berkongsi dengan kawan, jimat duit !), tanya kawan, rujuk guru dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memastikan topik yang perlu difahami dikuasai sebaik mungkin sementara ada kesempatan.

5. Oleh kerana ia melibatkan banyak matapelajaran, justeru banyak tajuk, maka buat perancangan yang lebih terperinci. Jangan bimbang ambil masa dua tiga jam pagi esok atau petang lusa dan rancang dengan bijaksana. Kata “mereka yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal” !

YANG PENTINGNYA, pastikan anda merancang aktiviti ulangkaji dan latihtubi secara berkesan agar pembelajaran tidak berat sebelah. Macam mana berat sebelah ? Ya lah, topik dan subjek yang diminati (yang anda sukakan guru subjek itu) anda buat lebih ulangkji sehinggakan mana-mana subjek atau topik yang kurang diminati terabai secara relatifnya. Ingat target kita ialah mendapat sebanyak mungkin “A” (kalau boleh semua “A”), jadi pandai-pandailah rancang aktiviti ulangkaji anda pada masa yang terbatas ini.

Selamat mengulangkaji.

Olimpik Beijing dan Peperiksaan: Apa Kaitan ?

August 19, 2008 at 12:34 pm | Posted in Panduan Peperiksaan | Leave a comment
Tags:

19 Ogos 08

Saya baru selesai menonton acara jimnastic lelaki akhir Beijing Olimpik. Gaya dan persembahan setiap peserta akhir terlalu mengkagumkan. Cara mereka melakukan persembahan mereka nampak begitu hebat sekali. Ia cukup lincah. Tampak seperti mudah. Itulah persembahan ahli jimnastik yang telah berjaya sehingga ke peringkat akhir olimpik. Persembahan mereka cukup menghiburkan. Stunning. Par excellence. Wow. Puas. Out of this world !

TETAPI di sebalik kelincahan, kehebatan dan … (tidak ada lagi perkataan yang nak diluahkan) .. kita terlepas pandang satu perkara … mereka telah mengambil masa beribu-ribu jam berlatih. Jadual harian mereka sebelum kejuaraan ialah … LATIHAN, LATIHAN, LATIHAN, LATIHAN, LATIHAN ….  Mereka mesti medisiplinkan diri dan fokus 100% kepada latihan. Mereka mesti mengenepikan “keseronokan sementara” untuk memperolehi kemenangan.

Itulah pengajaran kepada anda yang sedang membuat persiapan akhir peperiksaan. LATIHAN, LATIHAN, LATIHAN. Anda perlu mendisiplinkan diri dan fokus hanya kepada peperiksaan. Ketepikan dulu keseronokan sementara. Lupakan dulu chatting, sms, DVD, lepak-lepak, tengok wayang, drama TV, jalan-jalan. Itu  boleh diaktifkan semula selepas peperiksaan nanti. Ingat hanya menerusi latihan dan disiplin yang mampu melonjakkan prestasi anda ke persada kejayaan dalam “Olimpik Peperiksaan” nanti. Selamat maju jaya.

 

SMK Bukit Kepayang, Seremban

August 19, 2008 at 2:24 am | Posted in Foto Seminar, Seminar | 1 Comment

15 Ogos 08

Guru yang turut mengikuti seminar juga sporting. Ini sebagai aktiviti santai untuk merelakskan badan dan minda setelah berjam-jam mengikuti Seminar.

SMK Seremban 2

August 19, 2008 at 2:14 am | Posted in Foto Seminar, Seminar | Leave a comment
Tags:

14 Ogos 08

Bergambar bersama Pengetua SMK Seremban 2, Datin Maznah binti Yusof dan Kaunselor sekolah Cikgu Rama. Datin Pengetua telah memberikan saya satu Sijil Penghargaan sekolah sebagai “penceramah motivasi sekolah yang telah membantu sekolah mencapai 81% lulus PMR (Sekolah Elit PMR)”. Sebelum ini, saya telah diundang setiap tahun (sejak tiga tahun lalu) untuk mengendalikan program Pecutan Akhir Peperiksaan di sekolah berkenaan. Syabas pihak sekolah, syabas Datin Maznah, syabas guru-guru dan syabas pelajar. Yes You Can. Seperti kata-kata yang terpampang di Dewan Sekolah memetik kata-kata Presiden Kennedy, “If not we, WHO?. If not now, WHEN?”.

SMK Datuk Abdullah, Astana Jaya, Rembau

August 19, 2008 at 2:00 am | Posted in Foto Seminar, Seminar | Leave a comment
Tags:

13 Ogos 08

SMK Jalan Damai, Bukit Mertajam – Seminar di Perpustakaan S.Jaya

August 16, 2008 at 4:38 am | Posted in Foto Seminar, Seminar | Leave a comment
Tags:

5 Ogos 08

Convent St. Francis, Kota Kinabalu

August 16, 2008 at 4:08 am | Posted in Foto Seminar, Seminar | Leave a comment
Tags:

29 Julai 08

Seminar SuperTeaching Guru Terpilih Kawasan Kota Marudi, Sabah di SMK Pinggan-Pinggan, Pitas

August 16, 2008 at 3:50 am | Posted in Foto Seminar, Panduan untuk Guru, Seminar | Leave a comment
Tags:

27 Julai 08

Next Page »

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.