Bersama 4,000 Pelajar YIK di Kota Bharu

September 19, 2008 at 3:04 am | Posted in Foto Seminar, Panduan Peperiksaan, Seminar | 23 Comments
Tags: ,

Isnin, 15 Ramadan 1429 / 15 September 2008

Seminar Pecutan Akhir terakhir bagi tahun 2008 berjalan secara “gempaq” di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan ! Kenapa ?:

a. Lebih 4,000 pelajar sekolah-sekolah agama Yayasan Islam Kelantan dari seluruh Kelantan hadiri seminar berkenaan, seminar terbesar yang pernah saya kendalikan. Sebelum ini angka paling tinggi ialah 2,000 pelajar di satu seminar anjuran Persatuan Guru-Guru Agama Sabah yang diadakan di Dewan MUIS, Kota Kinabalu.

b. Walaupn dalam bulan puasa, dengan izin Allah saya secara “single handedly” dapat mengawal 4,000 pelajar dari jam 9 pagi hingge ke 5 petang (rehat untuk acara perasmian / solat Zohor dan solat Hajat selama 2 jam – 12 hingga 2 petang) tanpa ada apa-apa masalah. Credit should also be given to YIK students for being very disciplined. Tahniah pelajar YIK.

c. Seorang yang begitu istimewa, seorang yang dihormati dan disegani oleh pelbagai kaum tidak kira apa latarbelakang politiknya telah merasmikan majlis berkenaan dan saya sempat berbual mesra dengan beliau, yakni YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir di Majlis berkenaan ialah “orang kuat” program ini, iaitu YB Abdul Fattah bin Mahmood (Pengerusi J/K Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO) serta Ustaz Zakaria bin Muhamad (Timbalan Pengarah Akademik YIK) dan Ustaz Muhamad bin Ya (Timbalan Pengarah Pengurusan YIK).

Ini adalah seminar kali keempat yang saya kendalikan bersama pelajar YIK. Tahun-tahun sebelumnya (2005, 2006 dan 2007) di adakan hanya kepada kira-kira 1,000 ke 1,500 pelajar di Balai Islam Kota Bharu. Setiap tahun, sambutannya amat menggalakkan sekali.

Seminar ini bernama “Motivasi Pecutan Akhir: Persediaan Akhir Menghadapi Peperiksaan”. Yang hadir di seminar ini ialah pelajar Tingkatan 6 (STAM dan STPM), Tingkatan 5 (SPM) dan sebilangan kecil Tingkatan 4 (SMU).

Gambar diambil oleh Mohammad Fitri Shukri. Boleh rujuk ke blognya di LINK sebelah.

Pelajar bersolat Zohor dan Hajat. Terpaksa beribadah di padang kerana Musolla PUTIK tidak dapat   menampung 4,000 pelajar.

Bersama YB Abdul Fattah Mahmood dan Ustaz Zakaria Muhammad.

Mereka yang berkerja keras melancarkan perjalanan Seminar – anggota Kelab Patriotisme Kelantan. Thanks.

23 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Wah kudos to ayah. Best2 amek gambar ngan Tuan Guru. Ramainya peserta kali ni, penuh dewan besar. Mesti best kan bg seminar tuh. Bisik apa ngan Tuan Guru tuh?
    Anyway best of wishes from ur daughter.
    p/s…sejuk hati tgk budak2 baik2 hehe. Hope they all pass their exams with flying colours!

  2. alhamdulillah dengan izin allah semuanya berjalan lancar ya~
    hebatnya….ramaiiiiinyaaaa student, terkejut juga bila tgok gambar atas tu.Syabas~

  3. assalamualaikum…
    ana slh seorg pesrta motivasi yg dr kendlikan bru2 ni…
    syukran jazilan kasiran diucpkan kpd dr coz snggup mmbri motvsi kpd kmi peljr YIK…
    alhmdullillah, apa yg dr bg kpd kmi dh kmi aplikasikn w/pun x secr keslruhnnya lg…
    haranya dpt bersm dr lg dlm motvai yg len plak…

    TERIMA KASIH….
    wallahualam….

  4. yaa, ayah nampak mesra dgn Tuan guru, insan yang dihormati dan disegani. i bet the students really enjoyed the seminar as I always enjoy your seminar even though i’ve been joined it for many times. heheh.majlis ilmu bersama ribuan pelajar yang baik-baik(insyaAllah) di bulan ramadhan, insyaAllah lebih banyak berkatnya.amin

  5. salam.tahniah dr shukri!

    also credited to kelab patriotisme kelantan, yg jd urusetia program.

    tq, dr shukri atas sumbangan kpd kelab.

  6. sejuk mata tengok semua adik2 peserta berkopiah dan bertudung labuh. juruh juruh belako🙂

    itu lah suasana Kelantan – Negeri Berkebajikan !
    proud to be kelantanese.

  7. Grand seminar conducted by Grand motivator with a grand spiritual leader!!

    Good Luck YIK students..May Allah be with you

    takbir!! Allahuakhbar!! Allah is the Greatest

    pssstt: bisik apa tue kat TGNA…..😀

  8. Salam Dr…
    Gambar dengan urusetia program xde ke?
    Hehe…

  9. perghh!! sdak molek napok sek dio wak prog..

  10. Terima kasih Dr….
    Selamat HAri Raya ek…
    (sy yg berbaju merah di depan tue…huhu)

  11. assalaamualaikum..
    tq tuk dr shukri 4 motivating us!
    saya slh sorang peserta dr maahad rahmaniah kuala krai.~
    congratz gak tuk dr coz dpt conduct ngan students yg ramai tu. dr really gave us support..n aroused us more and more enthusiasm in achieving the best result indeed!!
    nk tanya opinion dr ckit pasal food supplement..food ni membantu x sbenar?caner nak suh berkesan?
    ok..hop dr will answer it.
    slamat hari raya wat dr and femly.tq

  12. To adik Fatimah,
    proud to know that u are the one of those students. I bet u really enjoyed the seminar as i never get bored joined dr drshukri’s seminar too.On behalf of Dr Shukri, I’ll answer your question regarding on food and supplements. Food can help to enhance your academic performance, and food can also make you sleepy. It’s what u eat and how much you eat. So, I recommend you to eat food that high in iron and iodine as they can enhance your cognitive performance.Food rich in iron are liver, meat, and poultry while high iodine foods are seafood and fish. Eat lots of fruits and vegetables as well to help the absorption of iron and iodine into your body. The most important things is, eat healthy breakfast everyday, (high fiber food such as wholemeal or cereal or oats with juice/milk). DRINK LOTS OF PLAIN WATER. Ok, bout supplement, yes u can take supplement but dont depend 100% on it. Make sure u have balance and healthy meal as well. I would not suggest u any supplements based on any company, but in my opinion, ginko biloba is good for your brain (based on scientific studies). oh ya, dont forget to do any physical activity esp sport. u can go for a jog/brisk walking/cycling, just to have some fresh air okay.I hope u can understand clearly bout my suggestions.
    All the best in your study sister. May Allah bless you. thanks
    -Nurul Husna Mohd Shukri-
    -future nutritionist, insyaAllah-
    Ayah,any additional comment?

  13. So true Husna, though iv attended dr shukri’s ceramah time and time, i always got a new and good message everytime. So when i feel that i need to recharge, i went to his ceramahh!!!! hehe So proud of you having the huge audience with Tuan Guru Nik Aziz!! MasyaAllah..

  14. Proud to be part of the program as a ‘tukang gambar’…
    Maybe I should start a new business, photography for speakers and trainers… hehehehe
    Was a great day for me too, to be able to photograph me own dad with Tok Guru. Also got to salam with Tok Guru… priceless

  15. syokk nyerrr tgk rama2
    raso nok kelik kg jahhhhh
    hehe

  16. thanks kak husna 4 answering my question..very useful tips!
    ive been practising the tips and advices..insyaAllah wif all my hard works will pay off..thanxx also to drshukri for the extra tips..nk tanya lg..erm..kak,did kak husna took any food supplements when kak was sitting in spm?glad to know that you are one of dr shukri’s daughter.

  17. Tabik spring to Dr. Shukri!!

    Like Cik Kalut and Huserk, me too agree..banyak kali dah attend his seminar, always new things to learn…

    Pakcik..sorry belum sempat raya teratak Yan this year.

    p/s: Ohh..dapat duduk sebelah ulama! Syioknya!!

  18. tahniah kat dr…
    syukran jazilan kerna sudi support kitaorg..
    jazakallahukhairan..

  19. salam dr.
    saya juga peserta seminar motivasi dr. juga,
    tapi seminar yang tahun 2007…
    tahun ni x diberi peluang untuk pergi…
    sebab bijok llajok..hehe!
    apapun…terimakasih dr. sebab seminar dr. yang menyebabkan saya dapat flying colours PMR tahun lepas..

    ps: ada orang tanya..mengapa dr. guna modul yang same je tiap2 tahun?

  20. slm..
    i`m 1 0f da studs there..
    d smnar was s0 nj0yable l0r..
    n0 d0ubt..
    never had any xprience like that..
    hehe..
    patut la rmai mmp studs sggup naik bas k0l 6.30pg sbb nk g..pdhal di0rg x dbenarkn..haha..
    ksian kt studs yik y len sbb x ck0p tmpat..mmp studs y amek..
    s0ri yer k0rank..

  21. assalamualaikum wbt..
    tahniah dr.
    saya ex MMP kb sesi 2005 spm, memang saya akui pecutan teakhir yang dr handle buat kami dahulu sangat bermakna dan memberi kesan mendalam buat saya, sampai hari ini saya terasa kekuatan perubahan yang dicetuskan. Syukran dr, menjadi penggerak ke arah perubahan muda mudi hari ini.

  22. Salam dari Qatar

    Tahniah Dr Shukri. My Sifu. Semoga program ini berterusan bersama dengan para pelajar sekolah-sekolah agama di Negeri Kelantan. Bagaimana dengan negeri lain? Bila pulak nak join seminar Dr..rindu rasanya.

  23. assalamualaikum..
    saya salah seorang peserta motivasi pecutan akhir baru-baru ini..dan telah tamat peperiksaan smu.syukur..tahniah dan syabas pada doktor krn telah berjaya handle program tersebut..tentu kepenatan yg lebih hebat dirasai oleh doktor..maklumlah nak handle seramai tu..mana-mana program pun tentu akan timbul beberapa org peserta yg kurang matang..syukur doktor dpt tanganinya..harap tahun hadapan akan dapat bersua kembali dengan lebih banyak strategi yg lebih hebat dan berkesan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: