The “ME” Factor … SuperTeaching @ Kolej Komuniti Kuching

December 7, 2008 at 8:29 am | Posted in 1 | Leave a comment

Sabtu, 6 Disember 2008

z-drsa4

“Take 100% responsibility if you want to succeed in whatever you do” … itulah salah satu pesanan saya semasa mengendalikan kursus sehari SuperTeaching bersama 40 pensyarah Kolej Komuniti Kuching (termasuk pensyarah dari Kolej Komuniti Bentong, Pahang dan dari Politeknik Kuching) di Merdeka Palace Kuching. Fokus kepada diri kita (“Me”, “Saya”) terlebih dahulu bukan asyik merungut mengenai pihak lain.

Sekira kita mahu mencari keseronokan berkerja, kepuasan bertugas serta kekuatan menghadapi apa jua cabaran dalam menjalankan amanah seharian kita kena menuding jari kepada diri sendiri terlebih dahulu, bukan orang lain. Usah menyalahkan pihak lain samada Pengarah, rakan pensyarah, pelajar mahupun sesiapa sahaja kerana budaya “blaming” dan “complaining” tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Lihat diri sendiri, perbaiki kelemahan diri dan … do your best … mudah-mudahan gaji yang diterima sepenuhnya mendapat keberkatan.

Itulah diantara perkara yang dilontarkan termasuk membicarakan dengan mendalam beberapa tindakan yang perlu diambil untuk menjadikan seseorang itu “super teachers”. Dalam menyampaikan mesej, selain membentang ratusan “slides powerpoint yang powerful” seperti biasa saya “berlakun” di hadapan peserta … kami menyanyi, kami menonton klip video, kami berbicara dan merenung diri sendiri.

En. Perry Tan, Pengetua Kolej Komuniti Kuching

Ini komen En. Perry Tan, Pengarah Kolej Komuniti Kuching mengenai seminar yang telah dijalankan.

“Dr. Shukri, The seminar delivers what the topic promises “Super Teaching” ! You have done it with passion. Well done ! Tahniah !” 

zz-kkk02

Berikut ialah komen beberapa orang peserta lain terhadap Seminar SuperTeaching berkenaan:

z-mazlin-wellington2

Mazlin Wellington, Lecturer, Building Services Engineering, Politeknik Kuching

“Seminar yang menyeronokkan dan membangkitkan lagi semangat untuk meningkatkan kreativiti dalam pengajaran. Seminar ini sangat sesuai untuk mereka yang telah lama mengajar supaya dapat menilai kaedah atau cara mengajar selama ini. Enjoy ! Terima kasih”

z-azizi-mansor-kkk

Azizi Mansor, Pensyarah Bahasa Inggeris, Kolej Komuniti Kuching

“… baik dan sesuai untuk dihadiri oleh semua yang terlibat dalam bidang pendidikan terutama guru dan pensyarah kerana ia dapat memberi pengetahuan dan maklumat yang berguna dalam pengajaran …”

z-noor-liza-adie-sapian

Noor Niza Aidie Sapian, Kolej Komuniti Kuching

“Seminar yang sangat best, tidak boring … banyak perkara baru yang saya dapat seperti menjadi lecturer yang kreatif dan inovatif. Terima kasih Dr. Shukri kerana terus membuka minats saya dengan kerjaya ini”

z-faizal-bentongM

Mohd Faizal Abdul Rahman, Lecturer Perakaunan, Kolej Komuniti Bentong

“Jarang sekali guru hendak memahami pelajar – apa yang penting ialah habiskan kurikulum. Tetapi melalui kursus ini, habiskan kurikulum tidak akan memberi apa-apa makna pada kita sebenarnya. Apa yang penting ialah bagaimana kita memberi peluang kepada pelajar untuk terus membantu diri pelajar tersebut dengan bantuan kita” 

Peserta dari Kolej Kumuniti Kuching.

Peserta Seminar SuperTeaching dari Kolej Komuniti Kuching

z-polikuching

Peserta SuperTeaching dari Politeknik Kuching.  Turut bergambar bersama ialah En Perry Tan dan Pn. Clara dari Kolej Komuniti Kuching.

z-kkbentong

Peserta dari Kolej Komuniti Bentong (bersama En. Perry Tan dan Pn. Clara) yang turut sama dalam seminar SuperTeaching di Kuching.

Sehari sebelum itu, Jumaat 5 Disember saya telah mengendalikan kursus Budaya Kerja Cemerlang kepada kira-kira 40 staf pentadbiran dan sokongan (termasuk sebilangan kecil staf akademik) Kolej Komuniti Kuching. =

THANKS Kolej Komuniti Kuching …. see ya again ….

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: