Important, Not Urgent …@ Seminar BOUNCING BACK TO THE TOP bersama Pelajar Pembelajaran Jarak Jauh Tajaan TM

December 22, 2008 at 10:36 am | Posted in 1 | 4 Comments

Isnin, 22 Disember 2008

Yang “important” selalunya tidak “urgent”. Yang “urgent” pula tidak semestinya “important”. Orang yang berjaya tidak ditekan untuk menyelesaikan aktiviti-aktiviti “urgent” dalam senarai kena-buatnya. Dia lebih mengutamakan aktiviti “important”.

Aktiviti membaca, membina pertalian sesama rakan, mempelajari software baru, mengasah Bahasa Inggeris dan bagi pelajar pula mengulangkaji, membuat persediaan sebelum kelas/kuliah serta memulakan projek akademik / assignment awal … semuanya penting, tetapi tidak “urgent”. Kerana ia tidak “urgent”lah maka kita lazimnya bertangguh membuat perkara berkenaan dan hanya menanganinya apabila yang tidak “urgent” tadi kini menjadi “urgent”, maka terpaksalah kita lakukan. Lantaran itu ramai selalu silap dengan mengaitkan yang “urgent” itu semestinya “important”.  Justeru strategi untuk menjadi orang berkesan ialah dengan (a) mengutamakan aktiviti “important” terlebih dahulu, (b) memberi masa yang sesuai untuk menyelesaikan aktiviti-aktiviti “urgent”.

Demikianlah di antara persoalan-persoalan yang dikemukan kepada 38 peserta Seminar Motivasi Belajar: Bouncing Back to the Top. Seminar diuruskan oleh Yayasan Telekom Malaysia. Peserta terdiri dari kakitangan TM yang mengikuti pengajian jarak jauh di universiti tempatan (UTM, USM, UITM, UUM, OUM). Tujuan seminar di adakan ialah untuk membantu mereka “kembali ke aras kecemerlangan”. 

Kita habiskan masa 2 hari 2 malam di Sri Intan, TM Resort Batu Feringghi. Salah satu aktiviti menarik ialah dengan kehadiran Sifu Tuan Haji Md Hashim Osman yang memperkenalkan kepada peserta senaman pernafasan Qi Cong. Ia diadakan pada awal pagi selepas solat subuh di tepi pantai. Tuan Haji Hashim adalah jurulatih Tai-Chi. Pengalaman bersamanya amat menyeronokkan dan cukup bermakna … apatah lagi latihan senaman berkenaan di adakan di awal pagi di tepi pantai dengan hembusan bayu …..

Berikut ialah komen beberapa peserta:

“Best course I’ve attended !! Bravo. Very specific”  (Rosli Azmi)

“Saya berpuashati dengan penyampaian dan saya rasa matlamat saya akan tercapai setelah apa yang dipelajari dalam kelas ini. Betul kata Doktor, motivasi datang dari dalam diri sendiri. Saya mesti berubah dan bertindak” (Maslawati Mokhtar)

“Banyak perkara baru yang dipelajari. Strategi belajar dan peta minda merupakan tip-tip atau kaedah yang paling menarik dan sesuai digunakan dalam proses pembelajaran” (Zaidah Megat Wazir)

“Sangat bagus, dapat meningkatkan daya ingatan, mengenalpasti matlamat sebenar, cara membuat nota dan juga pengurusan masa yang lebih efektif … bagi kami yang belajar secara part-time” (Nurshafina Musa)

 

zzz-bferinggi-male

Sebahagian daripada peserta “Bouncing Back to The Top”

zzz-bferinggi-1-qicong1

Pelbagai pose menarik selepas senaman Qi Cong bersama Sifu Tai Chi, Tuan Haji Hashim

zzz-bferingi-qicong-2

Sejam menyihatkan badan a’la Qi Cong

zzz-bferinggi-hjhashim

Sifu Tuan Haji Md Hashim (013 4303043)

4 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Overnya posing… Tuan Haji Md Hashim nampak serius, yang lain tu nampak macam main ‘hentam’ jer. Paling over posing… siapa lagi, Dr Shukri-lah! …hehehehe

    BTW, silalah lawati web-blog baru saya di http://www.fitrishukri.com Tq🙂

  2. Menarik memang menarik..

    Peserta-peserta lain membuat aksi haiwan tetapi Dr. Shukri sebagai Superman..memang berbeza !!!

  3. sesutu yang cukup menarik, teknik belajar yg berguna…tq Dr shukri

  4. Memang best motivasi ni. Dapat menyedarkan diri utk berubah. Sesekali ada kursus spt ni,amat bagus supaya tidak leka dgn takuk yg lama…
    TQ Dr Shukri..

    btw, mohon utk link blog Dr ke blog saya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: