Tidak Ada “Pakar Motivasi” di Malaysia …. Wacana Pengurusan Diri Bersama Staf SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

January 1, 2009 at 6:48 am | Posted in Foto Seminar, Panduan untuk Guru, Seminar | 2 Comments

30 Disember 2008

Sebagai salah satu persiapan menghadapi sesi persekolahan baru 2009, sekolah bestari negara, SMK Aminuddin Baki, Jalan Kampung Pandan Kuala Lumpur telah mengadakan Kursus Motivasi dan Profesionalisme Warga SMKAB pada hari Selasa 30 Disember di Hotel Corus Kuala Lumpur.

Saya diberi penghormatan untuk mengendalikan ceramah selama empat jam (sessi pagi) kepada lebih 100 staf yang hadir di Kursus berkenaan. Oleh kerana yang hadir termasuk staf bukan-guru, maka fokus saya bukan kepada persoalan pengajaran dan pembelajaran tetapi pengurusan diri, pengurusan masa dan persoalan motivasi secara umumnya.

“Tidak ada pakar motivasi”, “Mereka yang menggelar diri mereka pakar motivasi … tidak faham erti motivasi” dan “Saya, Dr. Shukri Abdullah bukan pakar motivasi” …. itu di antara persoalan yang diketengahkan kepada peserta kursus. Terkejut ? Barangkali ! Tetapi tidak sepatutnya.

Kenapa saya berkata demikian. MOTIVATION IS 100% INTERNAL. MOTIVASI IALAH 100% DATANG DARI DALAM. Ya, saya boleh memotivasikan seseorang, tetapi buat sementara waktu sahaja. Barangkali dua tiga jam atau dua tiga hari. Sebab itulah peserta kursus motivasi ‘galak’ untuk bekerja kuat untuk sementara waktu sahaja. Kita tidak boleh memotivasikan sesiapa pun membuat kerja yang dia sendiri tidak mahu buat (kecuali untuk jangka masa pendek sahaja). Dia membuat sesuatu atas sebabnya yang tersendiri.

Justeru yang penting ialah membekalkan kepada peserta PRINSIP dan STRATEGI KEJAYAAN (barangkali beberapa teknik). Dalam seminar ini saya menekankan PRINSIP pengurusan masa serta PRINSIP atau pendirian mengenai kejayaan. Kita yang menentukan kejayaan buat diri sendiri …. bukan orang lain. Lantaran itu juga yang pelajar perlukan bukan sangat motivasi tetapi strategi dan kaedah untuk belajar serta untuk ‘MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI”. Itu jugalah tekanan kami (saya dan rakan fasilitator) untuk menghidangkan kepada pelajar bukan sangat motivasi tetapi “strategi belajar” yang mampu memotivasikan diri mereka sendiri.

 abaki04

Bersama staf kanan SMK AMinuddin Baki. Pengetua, Pn Latifah Haji Mahfod ialah No. 2 dari kanan.

Berikut ialah gambar sebahagian peserta yang sempat dirakamkan.

abaki021

abaki03

abki05

abaki01

Madrasah Arabiah Kluang … Seminar Penutup Tirai 2008, Pembuka Tirai 1430

January 1, 2009 at 5:45 am | Posted in 1, Foto Seminar, Seminar | 14 Comments

31 Disember 2009 – 3 Muharram 1430

Pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 Madrasah Arabiah Kluang (MAK) telah pulang ke sekolah seminggu lebih awal sebagai persiapan sesi persekolahan 2009. Dari perbualan dengan Ustaz Kamal, Pengetua MAK serta Usatazah Thalhah, guru yang menguruskan Seminar  saya difahamkan bahawa pelajar diminta datang awal agar pihak sekolah boleh “menyuci” apa jua pengaruh negatif semasa cuti sekolah sebelum bermulanya perjuangan menuju kecemerlangan dalam peperiksaan SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama), PMR, SMA dan SPM 2009. Almaklum sajalah semasa cuti, seperti pelajar-pelajar sekolah lain juga,  terdapat sebahagian anak-anak tadi yang terpalit dengan pengaruh negatif dari TV, SMS, rakan-rakan dan sebagainya yang perlu diberi perhatian.

Syabas Pengetua dan guru-guru yang begitu beriltizam membantu anak-anak didik untuk menjadi warga negara Muslim yang dapat berjuang untuk agama dan negara di hari muka kelak.

Ini adalah kehadiran saya kali ketiga di MAK. Kali pertama dulu pertengahan tahun 90an, kali kedua dengan Seminar Pecutan Akhir Peperiksaan beberapa bulan lalu. Walaupun Seminar Bijak Belajar kali ini (terbuka kepada semua pekajar Tktn 2 hingga 5) diadakan pada hari penghujung 2009, ialah adalah sebenarnya hari awal tahun Hijrah, 3 Muharam 1430. abkluang01

abkluang02

abkluang03

abkluang04

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.