A Good Teacher is a Good Actor-Actress

February 16, 2009 at 11:37 am | Posted in Foto Seminar, Panduan untuk Guru, Seminar | 2 Comments

14 Februari 2009 – Bersama 100 Guru SMKA Baling serta guru terpilih SK Pahit, Gerik Perak

Seminar dibiayai oleh Sime Darby menggunakan dana CSR (Corporate Social Responsibility). Di antara banyak perkara yang dibincangkan ialah meminta peserta membayangkan sebuah kelas yang diajar oleh guru-guru berikut. Bahasa Inggeris diajar Adibah Nor, Pengajian Agama Islam oleh M.Rajoli, Prinsip Akaun oleh Phua Chu Kang, Biologi oleh Kartina Aziz, Sejarah oleh Jalil Hamid dan beberapa orang guru lagi.

Ia sekadar mengacah minda peserta untuk memikirkan situasi di mana kelas yang menarik dan penuh dengan aksi yang memberansangkan yang pasti membuat pelajar memberi 150% tumpuan sepanjang masa. Dalam kelas begini tiada pelajar tidur, tiada pelajar sibuk nak ke tandas, tiada pelajar mengganggu kawan. Mereka akan berusaha menghadirkan diri ke kelas walaupun sibuk dengan aktiviti ko-k. Sekiranya mereka kurang sihat, mereka akan masih ke sekolah. 

Itulah di antara perkara yang dibentangkan kepada peserta Seminar SuperTeaching – sama ada guru sekolah rendah, menengah mahupun universiti. Seminar yang semakin mendapat perhatian dan permintaan ramai ini dikendalikan oleh saya sepenuhnya. Setiap peserta dibekalkan buku khas TemanGuru bagi membantu mereka mengikuti seminar dengan lebih berkesan. Kira-kira 20 klip videos diketengahkan bagi mengukuhkan lagi pembentangan seminar ini. Ia meliputi klip dari filem Inggeris, China, Bollywood dan … maaf tidak ada klip dari filem Melayu kerana filem kita sendiri terlalu fokus soal cinta. Itu persoalan yang akan kita bicara dilain kali.

Berikut ialah gambar sebahagian dari peserta seminar.

04-smka-baling

05-smka-baling

01-smka-baling

02-smka-baling

03-sk-pahit

2 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Menarik & mencabar idea dr cuma penat juga nak berlakon secara serius tambahan pula persiapan skrip, peralatan, bahan-bahan dan krew adalah cikgu yang sama juga.Tapi kalau cikgu jadi watak Superman okey sbb tenaga dia tanpa batasan, pantas dan bijak.

  2. Pua Chu Kang ajar Prinsip Akaun? hahahaha…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: