Malaysia … Apakah Kita Negara Darul Tarfih (Darul Hiburan) ?

February 25, 2009 at 8:50 am | Posted in Isu-isu terkini, Lain-lain, Masalah negara, Untuk Renungan | 7 Comments

25 Februari 2009

lg-starz-final   faizal

mawi-ekin

Saya peminat gusti. Hari Ahad, malam Isnin lalu saya berehat sejenak di hadapan TV menonton “WWW Experiences” di saluran Astro 104. Dicelah-celah iklan, saya bermain-main dengan remote control dan terserempak dengan rancangan bintang LG Starz peringkat akhir. Saya jarang menonton dan tidak berminat program hiburan seperti itu. Saya sekeluarga langsung tidak pernah melayan program Akademi Fantasia sejak AF1. Malam itu saya bertekad mahu berselang seli di antara program gusti dan hiburan sebab bercadang mahu menulis sedikit mengenai pola hiburan yang keterlaluan di negara kita.

Sedikit latarbelakang sebagai perbandingan. Saya berkesempatan melawat beberapa buah negara luar. Tiap kali saya ada di sana saya sengaja meneliti program TV mereka untuk membuat perbandingan di antara TV kita dengan TV negara luar khususnya di negara barat terutama program berbentuk hiburan. Andaian saya ialah kalau di Malaysia sakan sekali pelbagai program hiburan, maka sudah tentulah lebih banyak lagi di sana. Andaian itu ternyata meleset sekali

Saya meneliti program TV di Washington DC dan Orlando (Florida) di USA; pekan St. George dan kota Vancouver di Kanada, bandaraya Perth di Australia, dan kotaraya Rome serta kawasan Sorrento di Itali. Selain daripada itu ialah di UK di mana saya berkesempatan tinggal untuk belajar di negara itu untuk satu jangka masa yang panjang dan selama tiga kali. Saya juga berkesempatan beberapa kali meneliti program TV Singapura sama ada sewaktu berada di JB mahupun di Singapura sendiri.

Ternyata dalam konteks komponen hiburan di TV, kita menjadi juara. Mungkin Malaysia kalah dengan Indonesia berdasarkan pengalaman singkat saya di Jakarta. Suatu malam semasa meneliti program TV di Jakarta semasa malam minggu, hampir kesemua menayangkan dangdut. Hebat lagi Indonesia. Dalam hal ini Singapura jauh di hadapan kita kerana terdapat banyak program TV sana yang berunsur educational. Yang banyak hiburan pula ialah saluran “Suria” … saluran Melayu Singapura !

Apa masalahnya dengan itu ? Kita menjaja merata tempat mahu meningkat warga kita dengan “mentaliti kelas pertama”. Mentaliti kelas pertama bukan “hiburan-based” ! Mentaliti kelas pertama “ilmu-based” ! Dulu sekali ada “talk-radio” yang pada saya cukup menarik, tetapi tidak bertahan lama. Radio kita hampir 90% hiburan-based. Rangkaian Nasional Radio Malaysia yang sepatutnya memuatkan banyak perbincangan untuk kepentingan nasional kini  pula  mengajak kita bernostalgia dengan Pop Yeh-Yeh !

Konsert cukup kerap diadakan di negara kita. Kelulusan untuk program konsert saya percaya mudah diperolehi dibandingkan dengan permohonan mengadakan syarahan agama, lebih-lebih lagi kalau penceramah tokoh yang “belum jelas pendirian politiknya”. Hampir setiap malam minggu ada saja konsert yang disiaranlangsungkan ke TV, justeru mendapat liputan seluruh negara. Jadi tiap malam minggu konsert boleh diikuti di rumah. Kalau kebetulan malam perayaan pilih saja konsert saluran mana yang kita mahu ikuti. Konsert tajaan pelbagai syarikat khususnya syarikat telekomunikasi menjelajah hingga ke desa pedalaman.

Kemuncak kesedihan dan juga kemarahan saya ialah pada malam sambutan tahun baru 2009 baru-baru ini. Ketika “our brothers and sisters” di Gaza di sembelih dengan peluru berpandu dan bom Yahudi, kita bergembira di Dataran Merdeka dan lain-lain tempat seluruh negara. Mengapa kita langsung tidak sensitifnya ? Mengapa, mengapa, mengapa !!!!  

Kemudian program “anugerah” yang sering ditonjolkan. Tak cukup Anugerah TV3, Anugerah Berita Harian, Anugerah Seri Angkasa, Anugerah AIM dan pelbagai anugerah lagi. Orang itu juga menjadi hos. Orang itu juga naik pentas. Orang itu juga mengambil tempat duduk hadapan. Yang bertukar fesyen mereka sahaja.

Itu tidak masuk lagi pelbagai program realiti yang berbentuk hiburan. Anak kecil dan nenek-nenek pun pandai mengundi orang yang mereka mahu menang. Hebat betul rakyat kita. Bijak sungguh guna ICT. Itu “minda kelas pertama ke”? 

Negara berpenduduk “minda kelas pertama” tidak berminat untuk disajikan dengan kenduri kahwin besar-besaran penyanyi. Itu tindakan dan tontonan “minda kelas kelima” !

Kemudian di satu pihak lagi kita marahkan remaja kita, anak muda kita, pelajar kita (termasuk saya yang sering marahkan peserta seminar saya yang terlalu asyik dengan hiburan) kerana mengabaikan pelajaran. Malah abang dan kakk kita di IPT pun sudah tercandu dengan hiburan. Malam konvokesyen yang meraikan graduan dijemputnya penyanyi yang hanya lulusan SPM (maaf, bukan penghinaan, sekadar perbandingan … banyak lulusan SPM jadi usahawan berjaya).

Apakah tidak dapat kita lihat kaitan di antara masalah remaja, masalah Mat Rempit dan Minah Rempit, masalah sosial remaja lelaki dan perempuan, masalah dadah yang tidak berkesudahan dan seribu satu masalah yang sering diketengahkan di media hari ini dengan situasi masayarakat yang membiarkan hiburan berleluasa ? Mari kita renung, mari kita fikir, mari kita muhasabh diri dengan harapan pihak berkuasa membuka mata dan memgambil tindakan yang lebih bijaksana menangani masalah ini.

7 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. I am totally agree with this! Remaja zaman sekarang lebih meminati hiburan dan kurang membaca.. maka kurang ilmu pengetahuan pun cetek.. macamana nak bina minda kelas pertama?

  2. Kadang2 bila nampak lagi rancangan hiburan di TV dengan asyik nyanyi nyanyi nyanyi rasa nak termuntah muntah dan muntah!!!! habis tadak benda lain ka nak tayang? Itu je ke rakyat malaysia mampu nak megah2 sangatttt???????

    • Actually this is not a reply … but my effort to get to “edit” wordpress … somehow or rather tak boleh nak masuk ke wordpress ini sebab tu lama dah tak menulis

  3. saya amat lah berbangga terhadap Dr. Mohd Shukri kerana dapat mengutarakan tentang isu tersebut. pada pandangan saya, kini masyarakat malaysia terlalu ‘excited’ dgn dunia sebegitu. justeru, artis2 malaysia juga haruslah sentiasa ‘sedar’ tentang perkara ini. saya amat berharap mereka semua sedar bahawa ‘dunia sudah tua’. terima kasih. (harap maaf jika ada pihak yg berkecil hati)

  4. saya sokong pendapat dr. tu..teruskan menulis bnda yg bermanfaat.trima kasih dr.🙂

  5. Salam..
    setuju sangat!!
    doa2kan semoga umat islam kembali sedar..
    semoga2 pengaruh barat dapat trkikis sdikit demi sdikit..katakan Amin~(terkikis scara sekaligus pun lagi bgus)
    Adakah kita nk jadi di antara org yg brsuhabat dlm mmbunuh saudara semuslim kita di palestin??!! Renung2kan..
    p/s: Ana sayang saudara ana ~
    Kamu mesti sayang saudara kita~

  6. saya setuju benar dengan saranan ini.memang diakui baik tv mau pun radio station malaysia 85% hiburan yang lainnya iklan.tak ada yang berunsur ilmiah.kalau ada pun berunsur politik.bosannnn.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: