“Never Give-Up With Your Students” – SuperTeaching Bersama Guru SMK Guar Perahu, Seberang Prai

March 1, 2009 at 1:12 pm | Posted in Foto Seminar, Panduan untuk Guru, Seminar | 3 Comments

Seminar SuperTeaching, 8.30 Pagi – 5.00 Petang Bersama 90 Guru SMK Guar Perahu, Sabtu, 28 Februari  Pusat Sumber Tasik Glugor, SPU

“Never give-up with your students”  itulah satu di antara pelbagai persoalan yang diketengahkan dalam Seminar SuperTeaching pada Sabtu 28 Februari 2009.

Barangkali kita sebagai seorang guru atau memegang apa jua jawatan sekarang kini berjaya kerana semasa kita di sekolah dulu ada seorang guru yang tidak pernah berputus asa membantu kita. Dia tidak give-up dengan kita. Dia berusaha bersungguh-sungguh membantu kita. Dia tahu kita berpotensi, cuma kita tidak sedar akan kehebatan diri kita. Dia mahu kita menyerlahkan potensi diri sebab itu dia berusaha bersungguh-sungguh membantu kita.

Alangkah hebatnya guru itu. Sudah tentulah sekadar berterima kasih kepadanya tidak mencukupi. Atas usahanya yang diberkati Allah itulah kita hari ini berjaya. Kejayaan kita turut dinikmati oleh ibubapa kita, oleh keluarga kita dan kalau kita kini pemimpin (masyarakat, daerah, negeri atau negara) orang lain turut menikmati kepimpinan dan kebolehan kita. Atas sebab itu pujangga berkata kesan kehebatan seorang guru itu infiniti. Tida ada nokhtah. Ia terasa sehingga sampai bila-bila. Lantaran itu jugta saya sering tekankan bahawa tugas guru adalah yang termulia kerana kita membina generasi baru, membina tamadun baru, membina manusia … dengan syarat kita mengajar dengan IKHLAS.

Bila bertugas dengan ikhlas, ia adalah satu ibadah.

Apa yang seorang guru lakukan kadangkalanya hanya perkara kecil seperti– menepuk bahu dan memberi kata-kata ransangan; atau memberi nasihat dan teguran; atau mengambil berat pelajar yang selama ini diabaikan di rumah; atau ikhlas memarah pelajar berkenaan; atau tunggu selepas sekolah membantunya; atau menziarahi keluarganya dan memujinya dihadapan ibubapa; atau memberi tugasan dan peranan tertentu sehingga pelajar berkenaan merasa dihargai … dan ribuan cara lagi asalkan ada keikhlasan di pihak guru yang tidak kenal erti berputus asa mendidik anak bangsanya. Cikgu, selamat maju jaya.

01

Bersama Pengetua Kanan Cemerlang, En.Nadzir Ali, sebelah kiri saya dan barisan guru kanan SMK Guar Perahu

021

031
052

061     

041

071

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Begitulah mulianya tugas guru. Pahala yang berkekalan iaitu ilmu yang diajarkan.Begitupun profession perguruan di Malaysia juga memegang rating pengidap penyakit kardiovaskular (tekanan darah tinggi, serangan jantung dan stroke) yang tertinggi di Malaysia. Benarlah guru umpama lilin.Cuma usahakan agar anak-anak guru tidak menjadi yatim dengan pantas (ulasan dari satu petikan buku Dr Shukri’Anakku Bijak Belajar’.Apapun bersyukur..

  2. terima kasih dr..seminar hari tu memang seronok..saya memang berasa bertuah dapat bersama-sama menghadiri seminar tu..tugas seorang guru sekarang mamang mencabar tapi kita kena atasinya untuk mendapat kepuasan yang sebenar dalam mendidik anak bangsa walau dalam apa-apa jua keadaan. terima kasih dr kerana saya banyak mendapat aspirasi dari apa yang dr sampaikan hari tu….
    semamangnya tugas guru adalah tugas yang mulia

  3. seronok nampak cikgu-cikgu ni….. kena datang hari sabtu pun muka tetap memancarkan keceriaannya..lain kali boleh buat lagi…kepada cingku-cingku….ceria sokmo nampak..apalah yang kak su seronok sangat tu…kepada kak Aishah…anda the best….yam tu jangan nak tidor pulak…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: