Bijak Belajar di SMK Pantai, Labuan

February 27, 2009 at 2:53 am | Posted in Foto Seminar, Panduan Peperiksaan, Seminar | 2 Comments

Khamis 19 Februari 2009, Dewan Perbandaran Labuan

021      04

031        05

Persoalan Tidur Menjelang Peperiksaan

October 6, 2008 at 6:55 am | Posted in Panduan Peperiksaan, Untuk Renungan | 1 Comment
Tags:

Isnin, 6 Oktober 2008

Bagi anda yang akan menduduki PMR, peperiksaan sudah terlalu dekat. Ingat di minggu terakhir ini, antara lainnya, sila beri perhatian kepada perkara berikut. JAGA KESIHATAN dan JAGA KESEGARAN badan dan minda. Nampak macam perkara remeh, tetapi sebenarnya amat penting.

Sesetengah pelajar membuat kesilapan besar semasa menduduki peperiksaan … MENGANTUK ketika menjawab soalan peperiksaan. Bagaimana boleh berlaku dan apa implikasinya ? Dia mungkin berjaga sehingga lewat malam di minggu-minggu terakhir dan semasa minggu peperiksaan. Barangkali tidur jam 3 – 4 pagi dan bangun jam 9 Itu adalah satu tabiat yang saya klasifikasikan sebagai “bodoh bin bahlul” atau “stupid s/o idiot” ! Kenapa saya begitu keras mengenai perkara ini ?

Kekurangan “tidur” dan “rehat” menjejaskan tiga perkara, yakni (a) tumpuan (b) ketangkasan berfikir, dan (c) daya ingatan. Ketiga-ketiga perkara ini diperlukan untuk menjuarai peperiksaan. Untuk memahami sepenuhnya soalan peperiksaan (agar tidak tersalah faham atau tersalah tafsir) seseorang pelajar mesti memiliki daya tumpuan yang kuat. Sementara itu untuk membolehkannya menjawab soalan dengan “cepat” kerana masa terlalu suntuk pelajar berkenaan mesti tangkas pemikirannya, justeru berupaya mentafsir dan menjawab apa jua soalan dengan tepat. Perkara ketiga yang dinyatakan di atas ialah daya ingatan. Macam mana seseorang pelajar mampu menjawab soalan dengan baik melainkan mereka memiliki daya ingatan yang baik.

Berdasarkan kenyataan di atas pelajar mesti memastikan tidur dan rehat yang mencukupi sekurang-kurangnya seminggu sebelum dan sepanjang minggu peperiksaan. Kenapa seminggu sebelum  peperiksaan pun kita kena jaga tempoh tidur dan rehat kita ? Ia berkaitan dengan ritma biologikal seseroang. Persoalannya seperti berikut. Bagi anda yang selalu bangun awal tiap-tiap pagi (katakan 5 pagi), tiba-tiba pada satu pagi itu (atas sebab tertentu) anda bangun jam 8 pagi. Apakah anda rasa segar kerana tambahan masa tidur (3 jam) ?. Atau bagi anda yang selalu bangun tidur lewat (katakan 9 pagi), kemudian pada satu pagi itu anda terpaksa bangun jam 6 pagi. Rasa segar ? Dalam kedua-dua kes di atas, mereka akan terasa mengantuk, letih dan tidak selesa kerana ritma biologikal badan sudah berubah kerana masa tidur berubah dengan ketara sekali. Jadi untuk membiasakan minda dan badan anda selesa dengan masa bangun tindur sepanjang minggu peperiksaan, saya mencadangkan anda mula tidur lebih awal seminggu sebelum peperiksaan supaya menjelang minggu peperiksaan masa tidur dan bangun sudah menjadi normal, justeru tidak menjejaskan ritma biologikal anda. Makna, sekiranya anda bercadang untuk tidur jam 11 malam dan bangun jam 6 pagi (atau tidur jam 10 dan bangun jam 5 pagi bagi pelajar di Sabah, Sarawak dan Labuan) pada hari peperiksaan nanti, maka seminggu sebelumnya, elok dipastikan agar masa tidur dan masa bangun juga sama seperti itu agar ritma biologikal kita tidak terjejas.

Selamat menempuh peperiksaan. Yes, you surely can … InsyaAllah.

Food Supplements / Makanan Tambahan dan Study !

September 27, 2008 at 3:33 pm | Posted in Panduan Peperiksaan, Umum, Untuk Renungan | 3 Comments
Tags:

28 September / Ramadan 08

Adik Fatimah dari Maahad Rahmaniah, Kuala Krai minta penjelasan saya mengenai “food supplements” atau “makanan tambahan”. Dia ingin mengetahui sama ada “food supplements” itu boleh membantu pembelajaran seseorang. Sebenarnya soalan asalnya dikemukakan dalam komennya kepada post saya mengenai “Bersama 4,000 Pelajar YIK di Kota Bharu”. Kebetulan anak saya Nurul Husna yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang M.Sc in Food and Nutrition di Massey University New Zealand yang telah membaca soalannya secara sukarela telah tolong menjawab soalan berkenaan.

Berikut ini saya “copy – paste” jawapan Nurul Husna ke post ini:

Nurul Husna semasa singgah dekat Auckland, New Zealand. Jika ada apa-apa persoalan mengenai pemakanan dan pembelajaran boleh rujuk beliau. Lihat http://fusuna.wordpress.com/

“To adik Fatimah,
proud to know that u are the one of those students. I bet u really enjoyed the seminar as i never get bored joined dr drshukri’s seminar too.On behalf of Dr Shukri, I’ll answer your question regarding on food and supplements. Food can help to enhance your academic performance, and food can also make you sleepy. It’s what u eat and how much you eat. So, I recommend you to eat food that high in iron and iodine as they can enhance your cognitive performance.Food rich in iron are liver, meat, and poultry while high iodine foods are seafood and fish. Eat lots of fruits and vegetables as well to help the absorption of iron and iodine into your body. The most important things is, eat healthy breakfast everyday, (high fiber food such as wholemeal or cereal or oats with juice/milk). DRINK LOTS OF PLAIN WATER. Ok, bout supplement, yes u can take supplement but dont depend 100% on it. Make sure u have balance and healthy meal as well. I would not suggest u any supplements based on any company, but in my opinion, ginko biloba is good for your brain (based on scientific studies). oh ya, dont forget to do any physical activity esp sport. u can go for a jog/brisk walking/cycling, just to have some fresh air okay.I hope u can understand clearly bout my suggestions.
All the best in your study sister. May Allah bless you. thanks
-Nurul Husna Mohd Shukri-
-future nutritionist, insyaAllah-”

Saya hanya ingin menambah sedikit sahaja and “back to basics”. Kita berbicara mengenai “food supplements” atau “makanan tambahan”. Apa makna “supplement” ?  Ikut kamus ia bermaksud “something that you add to something else to improve it or make it complete” Diterjemahkan ke BM bermaksud – “sesuatu yang kita tambah ke atas sesuatu untuk menjadikan sesuatu itu lebih sempurna”. Ia membawa beberapa pengertian.

Pertama sekali: Pastikan kita mengambil makanan yang “complete” seperti yang dicadangkan oleh Kak Husna di atas. Hanya selepas itu apa jua “food supplements” yang diambil akan membawa kesan yang terbaik. Jika makanan harian kita sendiri terdiri dari “junk food” (selalu diterjemahkan sebagai “makanan ringan” atau “snek”. Salah, “junk food” patut diterjemahkan sebagai “makanan sampahan” yang bermaksud tidak berguna untuk kita sebenarnya) serta minuman bergas (yang terlalu banyak kandungan gula) maka “bergantang-gantang pil, vitamins, minuman bertenaga” yang diambil sebagai “food supplement” tidak boleh menampung kekurangan dalam makanan harian kita itu. Jadi petua pertama, sebelum mahu memastikan apa-apa makanan tambahan yang diambil itu berkesan, pastikan makanan utama itu sesuatu yang seimbang terlebih dahulu. Saranana Kak Husna di atas berkaitan.

Keduanya: Ambillah sehari secupak buah kismis yang didoa sekalipun, berapa botol air penawar pun, berkotak-kotak multi-vitamin pun dan pelbagai jenis makanan tambahan sekalipun … kalau kita tidak studi, ia tidak bermakna sama sekali. Pengajarannya, buah kismis yang didoa, air penawar, mulit-vitamin, tonik, dan macam-macam jenis makanan tambahan yang direkemen dipasaran HANYA BERFUNGSI untuk pelajar jika tugas pertama disempurnakan terlebih dahulu. Apa tugas pertama tu … tumpuan dalam kelas, rajin buat kerja rumah, banyak buat latihan dan latihtubi, tanya guru dan berjumpa guru jika tidak faham … umumnya rajin belajar.

Sekiranya anda menyempurnakan tugas pertama ini, maka InsyaAllah, apa jua food suplements yang diambil akan memberi kesan yang bagus. Saya tidak ingin merekeman mana-mana jenama. Ambillah mana yang anda yakin berkesan dan bila ambil ambil secara konsisten, iaitu berterusan dan bukan sekali sekala. Ia bersifat tambahan. Yang utama studi kuat, baru yang tambahan berfungsi mencernakan “markah tambahan”

Terima kasih.

Cuti Hari Raya … Cuti + Study ?

September 27, 2008 at 6:55 am | Posted in Panduan Peperiksaan, Umum, Untuk Renungan | 1 Comment
Tags:

Sabtu, 28 Ramadan / September

Assalamu Alaikum wm. wb.

Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan selamat hari lebaran – Eid Mubarak – kepada semua pengunjung blog ini. Semoga ibadah kita di bulan Ramadan yang mulia mendapat ganjaran yang sebanyak mungkin.

Bagaimana dengan anda yang akan menduduki PMR selepas hari raya ini serta abang / kakak lain yang akan menduduki SPM – STPM – STAM dan juga mereka yang akan menduduki peperiksaan SMU … nak cuti terus atau nak cuti dan studi ?

Saya berpendapat pada hari raya pertama tu lupakan saja buku. Bergembiralah bersama ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan. Hari raya kedua ? … Pun begitu kecuali anda calon PMR. Anda yang akan menduduki PMR eloklah “back to study” seperti biasa mulai hari raya kedua. Lain calon SPM-STPM-STAM-SMU, eloklah memulakan semula rutin belajar harian anda mulai hari raya ketiga nanti. Malah saya ingin mencadangkan semua bakal calon peperiksaan utama 2008 ini, tingkatkan lagi usaha dan keazaman anda untuk berusaha lebih gigih lagi selepas hari lebaran ini. Apa yang perlu buat … kita bicarakan dalam post berasingan selepas Hari Raya nanti.

Sekali lagi SALAM AIDIL FITRI UNTUK SEMUA.

Bersama 4,000 Pelajar YIK di Kota Bharu

September 19, 2008 at 3:04 am | Posted in Foto Seminar, Panduan Peperiksaan, Seminar | 23 Comments
Tags: ,

Isnin, 15 Ramadan 1429 / 15 September 2008

Seminar Pecutan Akhir terakhir bagi tahun 2008 berjalan secara “gempaq” di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan ! Kenapa ?:

a. Lebih 4,000 pelajar sekolah-sekolah agama Yayasan Islam Kelantan dari seluruh Kelantan hadiri seminar berkenaan, seminar terbesar yang pernah saya kendalikan. Sebelum ini angka paling tinggi ialah 2,000 pelajar di satu seminar anjuran Persatuan Guru-Guru Agama Sabah yang diadakan di Dewan MUIS, Kota Kinabalu.

b. Walaupn dalam bulan puasa, dengan izin Allah saya secara “single handedly” dapat mengawal 4,000 pelajar dari jam 9 pagi hingge ke 5 petang (rehat untuk acara perasmian / solat Zohor dan solat Hajat selama 2 jam – 12 hingga 2 petang) tanpa ada apa-apa masalah. Credit should also be given to YIK students for being very disciplined. Tahniah pelajar YIK.

c. Seorang yang begitu istimewa, seorang yang dihormati dan disegani oleh pelbagai kaum tidak kira apa latarbelakang politiknya telah merasmikan majlis berkenaan dan saya sempat berbual mesra dengan beliau, yakni YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir di Majlis berkenaan ialah “orang kuat” program ini, iaitu YB Abdul Fattah bin Mahmood (Pengerusi J/K Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO) serta Ustaz Zakaria bin Muhamad (Timbalan Pengarah Akademik YIK) dan Ustaz Muhamad bin Ya (Timbalan Pengarah Pengurusan YIK).

Ini adalah seminar kali keempat yang saya kendalikan bersama pelajar YIK. Tahun-tahun sebelumnya (2005, 2006 dan 2007) di adakan hanya kepada kira-kira 1,000 ke 1,500 pelajar di Balai Islam Kota Bharu. Setiap tahun, sambutannya amat menggalakkan sekali.

Seminar ini bernama “Motivasi Pecutan Akhir: Persediaan Akhir Menghadapi Peperiksaan”. Yang hadir di seminar ini ialah pelajar Tingkatan 6 (STAM dan STPM), Tingkatan 5 (SPM) dan sebilangan kecil Tingkatan 4 (SMU).

Gambar diambil oleh Mohammad Fitri Shukri. Boleh rujuk ke blognya di LINK sebelah.

Pelajar bersolat Zohor dan Hajat. Terpaksa beribadah di padang kerana Musolla PUTIK tidak dapat   menampung 4,000 pelajar.

Bersama YB Abdul Fattah Mahmood dan Ustaz Zakaria Muhammad.

Mereka yang berkerja keras melancarkan perjalanan Seminar – anggota Kelab Patriotisme Kelantan. Thanks.

Trust in Allah

September 4, 2008 at 1:45 am | Posted in Panduan Peperiksaan, Umum, Untuk Renungan | Leave a comment
Tags:

Khamis 4 September 2008

I recieved the following quote few months ago from a dear friend of mine, also a speaker … to me the best motivation speaker in Malaysia, though relatively unknown to many. But he sure left an imprint for those who have been in a session with him, let alone for a day long seminar. He is Mr. Idris Mohammed from Penang. Mr. Idris can be contacted at 0194106090

“Trust in Allah won’t make the mountain smaller, but will make climbing easier. Do not ask him for a lighter load, but ask him for a stronger back”

Jika diterjemahkan ia bermaksud seperti berikut:

Keyakinan kepada Allah tidak membuat gunung yang mahu didaki menjadi kecil, tetapi membuat pendakian menjadi lebih mudah. Jangan memohon kepada Nya tanggungan yang ringan, tetapi minta kepada Nya tulang belakang yang kuat”

Bagi anda yang sedang menghadapi peperiksaan tidak lama lagi, jangan pohon kepada Allah agar memberikan saya “soalan yang senang”, pohon kepada Nya agar memiliki kebijaksanaan yang tinggi untuk menangani apa jua soalan. Juga usah hanya memohon kepada Nya agar kejayaan cemerlang, tetapi mintalah apa juga kejayaan yang diperolehi nanti mampu melayakkan anda memperolehi biasiswa yang diharap-harapkan serta sambungan tempat pengajian yang diidam-idamkan.

Selamat maju jaya.

Sediakan Checklist atau Senarai Semak Untuk Memberkesani Ulangkaji Menghadapi Peperiksaan.

August 21, 2008 at 2:23 pm | Posted in Panduan Peperiksaan | Leave a comment
Tags:

21 Ogos 08

Masa  semakin terhad. Bilangan matapelajaran yang telah didaftarkan untuk peperiksaan agak banyak. Tajuk yang perlu diulangkaji berlambak. Kemudian banyak juga yang kurang difahami. What should I do. What ? What ?

Usah mengamuk, ada jalan keluar. Buat satu checklist bagi setiap subjek yang bermasalah. Bagaimana ?. Ini caranya:

1. Buat satu senarai semua topik yang termaktub dalam silibus peperiksaan anda bagi sesuatu subjek. Katakan subjek K semuanya ada 14 topik.

2. Atur topik mengikut kategori tertentu. Kategori ini mungkin dari segi (1) Topik paling tidak difahami, sederhana difahami, dan paling difahami atau kategori (2) Topik yang paling penting (maknanya kemungkinan keluar dalam peperiksaan amat tinggi) kepada topik yang paling tidak penting.

3. Kemudian buat satu jadual meliputi: (i) Topik mana dulu perlu diperkemaskan untuk seminggu atau dua minggu akan datang dan seterusnya hingga dua tida minggu sebelum peperiksaan. Kemudian setelah anda kenalpasti topik mana dan bila kena ulangkaji, maka lakukanlah apa yang dirancangkan.

4. Baca buku ulangkaji yang berbeza penerbitannya (bukan Penerbit Sasbodi atau Shortman sahaja, mungkin rujuk juga penerbit lain seperti Fajar Bukit, Nadilmu dsb — jangan beli buku dari semua penerbit itu, berkongsi dengan kawan, jimat duit !), tanya kawan, rujuk guru dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memastikan topik yang perlu difahami dikuasai sebaik mungkin sementara ada kesempatan.

5. Oleh kerana ia melibatkan banyak matapelajaran, justeru banyak tajuk, maka buat perancangan yang lebih terperinci. Jangan bimbang ambil masa dua tiga jam pagi esok atau petang lusa dan rancang dengan bijaksana. Kata “mereka yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal” !

YANG PENTINGNYA, pastikan anda merancang aktiviti ulangkaji dan latihtubi secara berkesan agar pembelajaran tidak berat sebelah. Macam mana berat sebelah ? Ya lah, topik dan subjek yang diminati (yang anda sukakan guru subjek itu) anda buat lebih ulangkji sehinggakan mana-mana subjek atau topik yang kurang diminati terabai secara relatifnya. Ingat target kita ialah mendapat sebanyak mungkin “A” (kalau boleh semua “A”), jadi pandai-pandailah rancang aktiviti ulangkaji anda pada masa yang terbatas ini.

Selamat mengulangkaji.

Olimpik Beijing dan Peperiksaan: Apa Kaitan ?

August 19, 2008 at 12:34 pm | Posted in Panduan Peperiksaan | Leave a comment
Tags:

19 Ogos 08

Saya baru selesai menonton acara jimnastic lelaki akhir Beijing Olimpik. Gaya dan persembahan setiap peserta akhir terlalu mengkagumkan. Cara mereka melakukan persembahan mereka nampak begitu hebat sekali. Ia cukup lincah. Tampak seperti mudah. Itulah persembahan ahli jimnastik yang telah berjaya sehingga ke peringkat akhir olimpik. Persembahan mereka cukup menghiburkan. Stunning. Par excellence. Wow. Puas. Out of this world !

TETAPI di sebalik kelincahan, kehebatan dan … (tidak ada lagi perkataan yang nak diluahkan) .. kita terlepas pandang satu perkara … mereka telah mengambil masa beribu-ribu jam berlatih. Jadual harian mereka sebelum kejuaraan ialah … LATIHAN, LATIHAN, LATIHAN, LATIHAN, LATIHAN ….  Mereka mesti medisiplinkan diri dan fokus 100% kepada latihan. Mereka mesti mengenepikan “keseronokan sementara” untuk memperolehi kemenangan.

Itulah pengajaran kepada anda yang sedang membuat persiapan akhir peperiksaan. LATIHAN, LATIHAN, LATIHAN. Anda perlu mendisiplinkan diri dan fokus hanya kepada peperiksaan. Ketepikan dulu keseronokan sementara. Lupakan dulu chatting, sms, DVD, lepak-lepak, tengok wayang, drama TV, jalan-jalan. Itu  boleh diaktifkan semula selepas peperiksaan nanti. Ingat hanya menerusi latihan dan disiplin yang mampu melonjakkan prestasi anda ke persada kejayaan dalam “Olimpik Peperiksaan” nanti. Selamat maju jaya.

 

Persiapan Peperiksaan

July 22, 2008 at 10:07 am | Posted in Panduan Peperiksaan | Leave a comment

PERSIAPAN PEPERIKSAAN: PANDUAN PERSEDIAAN AWAL, BUKAN ‘STUDY LAST MINUTES’ !

 

 

A. HINDARI SINDROM BELAJAR DI SAAT AKHIR

 

Soalan untuk peperiksaan PMR melibatkan tajuk-tajuk yang dipelajari di tingkatan 1, 2 dan 3, sementara soalan bagi calon SPM meliputi topik-topik yang dipelajari selama dua tahun. Ini bermakna skop soalan peperiksaan sama ada PMR, SPM atau lain-lain peperiksaan tidak terhad kepada pembelajaran beberapa bulan terakhir menjelang peperiksaan sahaja. Namun masalah yang ketara di kalangan pelajar ialah kecenderungan membuat persiapan di saat-saat akhir.

  Continue Reading Persiapan Peperiksaan…

Blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.