Bersama Pengetua-Pengetua Kanan Malaysia

October 9, 2008 at 6:21 am | Posted in Seminar, Umum | 1 Comment
Tags: ,

Khamis, 9 Oktober 2008

Dari 8-10 Oktober 2008, kira-kira 100 pengetua cemerlang (pengetua kanan) telah berhimpun di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland kerana mengadakan Majlis Anugerah Perlantikan Pengetua Kanan DG52 (K.U.P.) Bagi Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang) (#catatan: w/pun gambar di atas kelihatan para pengetua kanan perempuan sahaja, tetapi terdapat ramai juga pengetua kanan lelaki, cuma secara relatifnya jumlah lebih rendah … setakat yang menghadiri majlis berkenaan)

Bagi menjayakan majlis berkenaan saya telah dijemput untuk menyampaikan dua jam ceramah bertajuk “Budaya Kerja Cemerlang” di majlis berkenaan. Fokus ceramah saya (seperti biasa yang diiringi oleh slide Powerpoint yang “powerful” serta selingan klip video dari filem-filem Ingeris, Hindustan dan China [maaf tiada klip dari filem Melayu … kerana ternyata filem Melayu terlalu fokus pada soal cinta … hinggakan tidak banyak yang boleh digunapakai untuk tujuan pendidikan … isu ini akan saya bincang kemudian, kerana di kebelakangan ini dengan munculnya sutradara seperti Afdlin Shauki sebagai contoh, banyak filemnya berkisar kepada soal kehidupan …]) khususnya bertujuan untuk melontarkan ide-ide dan pemikiran untuk para pengetua berfikir dalam mewujudkan budaya cemerlang di sekolah.

Sekadar catatan sampingan, saya juga gembira kerana di samping beberapa orang pengetua yang memang saya kenali, saya juga berkesempatan bertemu dengan seorang classmate saya semasa saya di Tingkatan 6 Sultan Abdul Hamid College Alor Setar yang saya tidak temui sejak tamatnya HSC (Higher Certificate of Education — STPM) pada tahun 1971 dulu. Beliau ialah Puan Alaina Hasani Md Noor yang kini bertugas sebagai pengetua cemerlang di SMK (P) Seri Aman, Petaling Jaya. Malah tahniah kerana Puan Alaina kini menyandang gred JUSA C, satu-satunya kedudukan exclisive yang hanya disandang oleh segelintir Pengetua saja di seluruh negara.

Food Supplements / Makanan Tambahan dan Study !

September 27, 2008 at 3:33 pm | Posted in Panduan Peperiksaan, Umum, Untuk Renungan | 3 Comments
Tags:

28 September / Ramadan 08

Adik Fatimah dari Maahad Rahmaniah, Kuala Krai minta penjelasan saya mengenai “food supplements” atau “makanan tambahan”. Dia ingin mengetahui sama ada “food supplements” itu boleh membantu pembelajaran seseorang. Sebenarnya soalan asalnya dikemukakan dalam komennya kepada post saya mengenai “Bersama 4,000 Pelajar YIK di Kota Bharu”. Kebetulan anak saya Nurul Husna yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang M.Sc in Food and Nutrition di Massey University New Zealand yang telah membaca soalannya secara sukarela telah tolong menjawab soalan berkenaan.

Berikut ini saya “copy – paste” jawapan Nurul Husna ke post ini:

Nurul Husna semasa singgah dekat Auckland, New Zealand. Jika ada apa-apa persoalan mengenai pemakanan dan pembelajaran boleh rujuk beliau. Lihat http://fusuna.wordpress.com/

“To adik Fatimah,
proud to know that u are the one of those students. I bet u really enjoyed the seminar as i never get bored joined dr drshukri’s seminar too.On behalf of Dr Shukri, I’ll answer your question regarding on food and supplements. Food can help to enhance your academic performance, and food can also make you sleepy. It’s what u eat and how much you eat. So, I recommend you to eat food that high in iron and iodine as they can enhance your cognitive performance.Food rich in iron are liver, meat, and poultry while high iodine foods are seafood and fish. Eat lots of fruits and vegetables as well to help the absorption of iron and iodine into your body. The most important things is, eat healthy breakfast everyday, (high fiber food such as wholemeal or cereal or oats with juice/milk). DRINK LOTS OF PLAIN WATER. Ok, bout supplement, yes u can take supplement but dont depend 100% on it. Make sure u have balance and healthy meal as well. I would not suggest u any supplements based on any company, but in my opinion, ginko biloba is good for your brain (based on scientific studies). oh ya, dont forget to do any physical activity esp sport. u can go for a jog/brisk walking/cycling, just to have some fresh air okay.I hope u can understand clearly bout my suggestions.
All the best in your study sister. May Allah bless you. thanks
-Nurul Husna Mohd Shukri-
-future nutritionist, insyaAllah-“

Saya hanya ingin menambah sedikit sahaja and “back to basics”. Kita berbicara mengenai “food supplements” atau “makanan tambahan”. Apa makna “supplement” ?  Ikut kamus ia bermaksud “something that you add to something else to improve it or make it complete” Diterjemahkan ke BM bermaksud – “sesuatu yang kita tambah ke atas sesuatu untuk menjadikan sesuatu itu lebih sempurna”. Ia membawa beberapa pengertian.

Pertama sekali: Pastikan kita mengambil makanan yang “complete” seperti yang dicadangkan oleh Kak Husna di atas. Hanya selepas itu apa jua “food supplements” yang diambil akan membawa kesan yang terbaik. Jika makanan harian kita sendiri terdiri dari “junk food” (selalu diterjemahkan sebagai “makanan ringan” atau “snek”. Salah, “junk food” patut diterjemahkan sebagai “makanan sampahan” yang bermaksud tidak berguna untuk kita sebenarnya) serta minuman bergas (yang terlalu banyak kandungan gula) maka “bergantang-gantang pil, vitamins, minuman bertenaga” yang diambil sebagai “food supplement” tidak boleh menampung kekurangan dalam makanan harian kita itu. Jadi petua pertama, sebelum mahu memastikan apa-apa makanan tambahan yang diambil itu berkesan, pastikan makanan utama itu sesuatu yang seimbang terlebih dahulu. Saranana Kak Husna di atas berkaitan.

Keduanya: Ambillah sehari secupak buah kismis yang didoa sekalipun, berapa botol air penawar pun, berkotak-kotak multi-vitamin pun dan pelbagai jenis makanan tambahan sekalipun … kalau kita tidak studi, ia tidak bermakna sama sekali. Pengajarannya, buah kismis yang didoa, air penawar, mulit-vitamin, tonik, dan macam-macam jenis makanan tambahan yang direkemen dipasaran HANYA BERFUNGSI untuk pelajar jika tugas pertama disempurnakan terlebih dahulu. Apa tugas pertama tu … tumpuan dalam kelas, rajin buat kerja rumah, banyak buat latihan dan latihtubi, tanya guru dan berjumpa guru jika tidak faham … umumnya rajin belajar.

Sekiranya anda menyempurnakan tugas pertama ini, maka InsyaAllah, apa jua food suplements yang diambil akan memberi kesan yang bagus. Saya tidak ingin merekeman mana-mana jenama. Ambillah mana yang anda yakin berkesan dan bila ambil ambil secara konsisten, iaitu berterusan dan bukan sekali sekala. Ia bersifat tambahan. Yang utama studi kuat, baru yang tambahan berfungsi mencernakan “markah tambahan”

Terima kasih.

Cuti Hari Raya … Cuti + Study ?

September 27, 2008 at 6:55 am | Posted in Panduan Peperiksaan, Umum, Untuk Renungan | 1 Comment
Tags:

Sabtu, 28 Ramadan / September

Assalamu Alaikum wm. wb.

Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan selamat hari lebaran – Eid Mubarak – kepada semua pengunjung blog ini. Semoga ibadah kita di bulan Ramadan yang mulia mendapat ganjaran yang sebanyak mungkin.

Bagaimana dengan anda yang akan menduduki PMR selepas hari raya ini serta abang / kakak lain yang akan menduduki SPM – STPM – STAM dan juga mereka yang akan menduduki peperiksaan SMU … nak cuti terus atau nak cuti dan studi ?

Saya berpendapat pada hari raya pertama tu lupakan saja buku. Bergembiralah bersama ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan. Hari raya kedua ? … Pun begitu kecuali anda calon PMR. Anda yang akan menduduki PMR eloklah “back to study” seperti biasa mulai hari raya kedua. Lain calon SPM-STPM-STAM-SMU, eloklah memulakan semula rutin belajar harian anda mulai hari raya ketiga nanti. Malah saya ingin mencadangkan semua bakal calon peperiksaan utama 2008 ini, tingkatkan lagi usaha dan keazaman anda untuk berusaha lebih gigih lagi selepas hari lebaran ini. Apa yang perlu buat … kita bicarakan dalam post berasingan selepas Hari Raya nanti.

Sekali lagi SALAM AIDIL FITRI UNTUK SEMUA.

That Special Eyes …

September 11, 2008 at 3:02 pm | Posted in Umum, Untuk Renungan | 3 Comments
Tags:

Thurs, 11 Sept 08 … 11 Ramadan 1429H

Do you know the relation between our two eyes?

They blink together

They move together

They cry together

They see things together

In fact, they sleep together

EVENTHOUGH THEY NEVER SEE EACH OTHER !

Now dear friends, interesting isn’t it ? What do you understand from the above rhyme ?  What can you make of it ? Tell me. Leave your comments. Thanks.

It was sent to me again by a dear friend of mine, Mr. Idris Mohamed from Penang.

Trust in Allah

September 4, 2008 at 1:45 am | Posted in Panduan Peperiksaan, Umum, Untuk Renungan | Leave a comment
Tags:

Khamis 4 September 2008

I recieved the following quote few months ago from a dear friend of mine, also a speaker … to me the best motivation speaker in Malaysia, though relatively unknown to many. But he sure left an imprint for those who have been in a session with him, let alone for a day long seminar. He is Mr. Idris Mohammed from Penang. Mr. Idris can be contacted at 0194106090

“Trust in Allah won’t make the mountain smaller, but will make climbing easier. Do not ask him for a lighter load, but ask him for a stronger back”

Jika diterjemahkan ia bermaksud seperti berikut:

Keyakinan kepada Allah tidak membuat gunung yang mahu didaki menjadi kecil, tetapi membuat pendakian menjadi lebih mudah. Jangan memohon kepada Nya tanggungan yang ringan, tetapi minta kepada Nya tulang belakang yang kuat”

Bagi anda yang sedang menghadapi peperiksaan tidak lama lagi, jangan pohon kepada Allah agar memberikan saya “soalan yang senang”, pohon kepada Nya agar memiliki kebijaksanaan yang tinggi untuk menangani apa jua soalan. Juga usah hanya memohon kepada Nya agar kejayaan cemerlang, tetapi mintalah apa juga kejayaan yang diperolehi nanti mampu melayakkan anda memperolehi biasiswa yang diharap-harapkan serta sambungan tempat pengajian yang diidam-idamkan.

Selamat maju jaya.

Untuk Renungan: Ramadan Terakhir Buat Kita ?

September 2, 2008 at 3:49 am | Posted in Umum, Untuk Renungan | 2 Comments
Tags:

Selasa 2 September 2008

‘Ramadhan’ Terakhir Ini Buat Siapa ?

Ya Allah Ya Tuhanku, jika benar ini Ramadhan ku yang terakhir,

Permudahkan untuk ku berzikir kepada Mu, tanpa ada rasa jemu,
Kurniakanlah bagi lidah ku agar basah setiap waktu
Berlagu syair rindu penuh merayu kepada Mu, Tuhan yang  Satu.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tentu solat yang ku kerjakan diawal waktu

Penuh khusyuk dan tawadduk, antara tubuh dan qalbu berdiri menyatu

Memperhambakan diri kepada Mu, YaAllah Rabbul Jalil.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir,

Ampunilah hambamu kerana sering curang pada janji
‘Innasolaati Wanuusuki Wamahyayaa wamamaati Lillahirabbil aalamin ‘
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku..
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam.

Andai ku tahu ini Ramadhanku yang terakhir
Pasti ku berjanji tidak akan ku sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Dan masa yang diberi kepada ku dikesempatan yang lapang dan terluang
Untuk ku selongkar ayat-ayat Mu dari kitab yang diwahyukan kepada Nabi Mu
Untuk bekal ‘hari’ ku di barzah Mu

Akan ku dendangkan dan ku syairkan di setiap waktu biar sebati ditubuhku


Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tidak akan ku biar malam ku berlalu, pasti ku sujud bertahajjud kepada Mu
Dengarlah rintihan hamba Mu kerana sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga Mu,

Namun aku juga tidak sanggup untuk menghuni neraka Mu

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Sudah pasti aku tidak akan melupakan kaum keluargaku
Ayuh ! marilah kita meriahkan Ramadhan ini, mari kita buru dan cari
Satu malam yang sangat ‘abadi’ yang lebih baik dari seribu bulan di bumi.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Pasti akan ku persembah batin dan zahirku menanti salam Izrail
Rohani dan jasmaniku di kiri dan kanan ridha’ ar-rahman

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan kami yang terakhir
Jadikanlah ia Ramadhan yang paling manis penuh bererti dan berseri

Menerangi kegelapan hati kami untuk menuju jalan ridha’ dan kasih saying Mu
Agar indah kehidupan kami di barzah Mu sebelum sampai ke penghidupan penuh abadi

Namun teman, tiada insan yang telah mengetahui tentang Ramadhan ini,

Apakah yang terakhir kali buat kami.


Seandainya benar Ramadhan ini yang terakhir buatku teman
Maafkan kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan
Yang tersembunyi ataupun yang nyata di mata hati
Mohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki

” MARHABAN YAA RAMADHAN”  Aminnn !

Diubahsuai semula oleh tn. haji ‘albanjari online‘/politik banjar

 

 

RITMA RAMADAN … Kreatif Sungguh Mereka …

September 2, 2008 at 3:37 am | Posted in Umum, Untuk Renungan | 1 Comment
Tags:

Selasa 2 September 08

Sempena kedatangan bulan mulia Ramadan al Mubarak seperti biasa rakan taulan dan sanak saudara menghantar pelbagai macam SMS sebagai ucapan menyambut bulan keampunan itu. Sesetengahnya cukup menarik sekali. Saya akan turunkan beberapa SMS berkenaan untuk tatapan pengunjung sekelian. Kita kurang pasti siapa pencipta asalnya … semoga setiap orang yang menerima SMS berkaitan dan tersentuh dengannya pasti pengarangnya mendapat ganjaran. Ganjaran itu berpanjangan hingga … sampai bila-bila. Alhamdulillah.

1. Perkataan tercantik, “Allah”, Lagu paling merdu, “Azan”, Kitab terulung, “Al Qur’an”, Senaman terbaik, “Solat”, Terapi jiwa paling berkesan, “Tahajjud”, Diet paling mujarrab, “Puasa” … SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN

2. Moga-moga Allah jadikan pagimu cahaya, zohormu gembira, asarmu bahagia, maghribmu keampunan, isya’ mu keberkatan dan doamu tidak ditolak dan rezekimu pula diluaskan. Selamat menyambut ramadhan al mubarak.

3. Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan, petir dan kilat. Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hadiahkan kita PELANGI. Allah berikan kita puasa untuk bagi peluang kita sucikan diri dari dosa-dosa lalu, kemudian Dia hadiahkan lagi PAHALA dan HARI RAYA. Beruntungnya kita kan. Selamat menyambur bulan Ramadan dan Selamar Berpuasa.

4. Jika harta adalah racun, zakatlah penawarnya. Jika umur adalah dosa, maka taqwa dan taubatlah ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadanlah pemutihnya. Sambutlah gerbang ramadahn dengan penuh kesucian hati.

5. Marhaban ya Ramadan: Namamu diingati, Kedatanganmu dicari, Ganjaranmy dihajati, Indahmu diberkati. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

6. Sempena akan Ramadan yang akan menjelang ini, sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa dan top-up ilmu agar boleh redeem pahala. Selamat berpuasa.

Ada lagi yang menarik ?. Boleh hantar kepada saya untuk kita kongsi bersama. Terima kasih. Selamat menyambut ramadan, perbanyakkan membaca Al Qur’an.

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.