Sekali Lagi di Madrassah Arabiah Kluang

July 16, 2009 at 2:06 pm | Posted in 1 | 4 Comments

Seminar Pecutan Akhir Peperiksaan – 11 Julai, Sabtu 8 Pagi –  4.30 Petang, Madrasah Arabiah Kluang (MAK)

Setelah bersama mereka pada 31 Disember 2008 mengadakan Seminar Bijak Belajar, saya dijemput untuk mengendalikan Seminar Pecutan Akhir Peperiksaan kepada pelajar MAK. Sambutan mesra Ustaz Kamal dan para pendidik MAK serta respons menarik pelajar MAK membuat saya gembira ke MAK sekali lagi. Kali ini Ustazah Thalhah tidak ada kerana membuat lawatan di pasentran di Indonesia. Beliau sempat menelefon saya dari Guntur menyatakan ketiadaannya di MAK semasa saya berseminar kelak. Berikut gambar kenangan untuk tatapan, khususnya bekas pelajar MAK yang sentiasa merindui sekolah lama mereka.

blog 05

blog 04

blog 03

blog 02

blog 01

Advertisements

Public Program “Pecutan Akhir Peperiksaan” di Alor Setar, Sungai Petani dan USM Pulau Pinang

July 9, 2009 at 4:51 pm | Posted in 1 | Leave a comment

Jemputan Ke Seminar di atas di: Alor Setar, 31 Julai,  Sg. Petani, 01 Ogos dan USM-Penang, 02 Ogos. Ia terbuka kepada pelajar Tahun6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM). Sila layari http://www.drshukri.com atau telefon 012 4232130 atau 04 4651130 untuk maklumat lanjut.  Terima Kasih

BERSAMA PENGETUA SELURUH NEGERI JOHOR … PERSIDANGAN PKPSM JOHOR 2009

July 9, 2009 at 4:45 pm | Posted in 1 | Leave a comment

7  Julai 2009, 2-30 – 4.30 Petang, Hotel Grand Paragon, Johor Bahru

“Unconventional Wisdoms in a Changing World – Menjana Perubahan Di Sekolah” – demikianlah tajuk pembentangan saya kepada lebih 260 pengetua seluruh Johor. It was a challenging moment for me to present my “ideas and ideals” to a group of senior and knowledgeable secondary school principals about “menjana perubahan di sekolah”.

Leaders work across paradigms while managers work within a paradigm. Changes can be evolutionary (“kaizenic !”) or revolutionary (paradigmatic). The task of the pengetua is to initiate both changes. Berdasarkan pelbagai kisah untuk mengukuhkan hujjah-hujjah saya termasuk (a) kisah industri jam Swiss yang merudum dan digantikan dengan industri jam Jepun;  (b) kisah persaingan produk walkman tahun 80an di antara Sony, Aiwa dan Panasonic; (c) kealpaan peninju agung Mike Tyson dan perenang sensasi Olimpik Matt Biondi kerana menghadapi “sindrom titanic” (d) cerita bagaimana seorang janitor hotel Al Catraz di California mengilhamkan lif di luar bangunan setelah para jurutera hadapi jalan buntu dalam mengubah lif ke lokasi baru di hotel berkenaan (e) serta masalah beruk yang tergoda oleh kacang yang diletak dalam kelapa yang ditebuk lubang yang kecil … (fa) dan sehinggalah kisah dailog “anak helang” dan “mahaguru helang”, saya cuba bentangkan keperluan untuk para pengetua “getting out of the box” dan menjana perubahan di sekolah.

Fokus saya bukan mengajar para pengetua bagaimana mentadbir, mengurus dan memimpin sekolah. Jauh sekali. Mereka pakar dalam kerja itu. Tugas saya ialah bagi menganjalkan minda para pengetua untuk berfikir “keluar dari kotak” – apa yang orang sering sebut sebagai “peralihan paradigma” dengan contoh-contoh khusus. Saya harap saya telah berjaya berbuat demikian. Malah dari komen-komen yang saya perolehi selepas pembentangan tajuk berkenaan, mereka amat berpuas hati. Terima kasih.

Jadi sekali lagi terima kasih PKPSM Johor yang memberi kesempatan kepada saya untuk bersama anda di persidangan kali ini. Lo0king forward to engage with PKPSM of other states.

Psssst: I met my former students (ex-penghuni Desasiswa Permai USM end 80’s/early 90’s where I was a Penggawa) at the conference. She’s now a Penolong Kanan representing her Pengetua. Tahniah R…

blog 02

Blog 04

blog 03

blog 06

SEMINAR PENGUKUHAN MEMORI DI MRSM ALOR GAJAH

July 9, 2009 at 4:25 pm | Posted in 1 | 2 Comments

Ahad, 5 Julai 2009, Dewan MRSM Alor Gajah Melaka: 8 Pagi – 4.30 Petang

Kira-kira 300 pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 MRSM Alor Gajah serta pelajar dari pelbagai Tingkatan sekolah-sekolah di sekitar Alor Gajah dan juga MRSM Terendak telah mengikuti Seminar Pengukuhan Memori bersama saya. pecahan empat topik utama dibentangkan meliputi:

(a) Pengukuhan daya ingatan bermula dengan sikap yang betul. Skrip negatif seperti “susahlah nak ingat”, “macam mana nak ingat banyak sangat” telah dikupas sebagai halangan pertama dalam usaha seseorang memantapkan daya ingatan mereka. Sebagai gantinya dan berdasarkan beberapa latihan menarik semasa seminar di mana pelajar sendiri terkejut dengan kehebatan memori mereka, peserta telah diminta untuk mengganti dengan skrip seperti “daya ingatan saya best”, “ya … pasti boleh ingat” dan sebagainya.

(b) Prinsip daya ingatan yang berdasarkan 3R (register, retain and recall information – terima, simpan dan keluar balik maklumat) telah dihuraikan. Ketiadaan salah satu dari tiga aktiviti di atas akan menjejaskan memori seseorang.

(c) Nemonik atau teknik memori telah dibentangkan meliputi lima kaedah berikut (1) akronim (2) akrostik (3) bunyi seakan (4) cerita untuk ingat fakta (5) cerita untuk ingat formula. Selain daripada itu penggunaan (a) flash card atau kad mini, dan (b) kaedah mengingat dan menguasai gambarajah juga dibentangkan.

(d) Penggunaan Peta Minda untuk mengukuhkan daya ingatan: Oleh kerana ini bukan seminar atau bengkel peta minda, maka fokus hanya kepada kaedah untuk memanfaatkan peta minda mengukuhkan memori (bukann cara membuat peta minda). Ramai pelajar mungkin pernah belajar membuat nota peta minda (itupun perlu dipersoalkan kerana “peta minda” telah menjadi satu istilah generik, justru apa saja nota yang berbentuk lakaran dan gambar …. kononnya dilabel “peta minda“). Dalam seminar ini saya menerangkan kepada pelajar bagaimana memanfaatkan peta minda menerusi kaedah “lukisan di udara” (lihat gambar …. di bawah !)

Berikut ialah di antara komen pelajar:

“This is the best seminar I’ve ever had. I really enjoy !! Hope to have this kind of seminar again. Really get a lots of benefits. I learn a lot of techniques. The slides are bombastic and interesting”  Nurul Adnina, MRSM Alor Gajah

“Dr. memang bez giler ! Harap-harap saya dapat mengikuti motivasi Dr. pada sesi yang akan datang. Saya akan manfaatkan ilmu dan pengetahuan yang telah diberi” Nur Farhanah, MRSM Terendak

“Pada pendapat saya seminar ini amat berguna untuk para pelajar … banyak menyedarkan saya tentang teknik-teknik yang dapat kita aplikasikan dalam proses pembelajaran … tambahan pula penceramahnya sungguh bersemangat”   Khairul Amirin, MRSM Alor Gajah

“Saya amat meminati motivasi yang telah disampaikan oleh Dr. Shukri. Dari dulu lagi saya amat berharap untuk mendengar ceramah beliau. Kini akhirnya impianj saya tercapai !!! … Kini saya semakin bersemangat untuk berubah”  Noraza Hanafiah, MRSM Alor Gajah

“Alhamdulillah saya dapat bermacam-macam manafaat dari seminar ini. Bagus dan sangat menarik. Saya rasa sangat bertuah dan bersyukur atas segala peluang untuk pelajari bermacam-macam cara belajar. Saya berharap dapat hadiri lagi seminar seperti ini dan dapat terus menguatkan daya ingatan …. Ini merupakan ceramah motivasi paling menyeronokkan dalam sepanjang tahun ini. Nur Eirdina Nasuha, MRSM Terendak

“Dear Dr.Shukri, Your seminar’s great ! It really helped me improve my memory. Thanks for all your help. I really appreciate it'”  Amir Haziem, MRSM Alor Gajah

“Setelah melalui ceramah motivasi ini, saya sudah tahu memanfaatkan peta minda, kerana sebelum ini bila tengok je peta minda, pening tak faham. Tips-tips yang diberikan boleh membantu saya mengukuh daya ingatan untuk pelajaran saya. Terima kasih Dr. Shukri” Nur Irza Shahdatul, MRSM Alor Gajah

“Assalamu Alaikum. Bagi saya seminar ini sangat mantap dan memberi pengisian yang banyak. Dr.juga telah menyampaikan ceramah dengan menggunakan cara berkomunikasi yang baik … Ada masa, datanglah ke sekolah saya pulak” Muhammad Nur Akmal, SMK Sultan Alauddin

“You’re the best Dr. Shukri. I really have fun with your seminar. I hope to see you again in the future. Thanks for everything”  Fatin Syazwani, MRSM Terendak

“Tahniah Dr !! Dr. telah berjaya menguruskan program ini dengan gemilang. Terima kasih kerana doktor banyak membantu saya mengetahui pelbagai teknik menarik bagi menguatkan memori saya. Sangat menarik dan tidak membosankan. Terima kasih”  Nurul Iffah MRSM Alor Gajah

“Apa yang dapat saya katakan di sini cuma “you’re the best among the best and you make me become the best, Insya Allah.Video dan lagu-lagu yang diselitkan semasa seminar sangat wajar untuk mengelakkan pelajar terasa bosan” Nur’ain Mohammad Khamis, MRSM Alor Gajah

Blog 05“Clever girl …” satu gesture selepas peserta dapat ingat 80 angka serta 30 perkataan (kedua-duanyasecara berurutan) dalam masa yang tidak sampai 10 minit !

Blog 03Lakaran di udara …. satu kaedah mudah mengingati peta minda dengan mudah

Blog 02Satu lagi aktiviti lakaran di udara …. untuk memudahkan fakta dan gambar dalam  peta minda.

Blog 04Satu lagi “lakaran di udara” oleh peserta bukan pelajar MRSM tetapi dari sekolah sekitar Alor Gajah

Blog 09a“Yes, anda berempat diminta angkat rakan anda tu hanya dengan menggunakan satu jari sahaja setiap seorang ….” Whether you think you can or you can’t … you are right on both occassions (kata-kata Henry Ford) ! Apa kaitannya dengan Seminar Pengukuhan Memori ?. Yes, kebolehgunaan daya ingatan seseorang bermula dengan sikap yang betul. Kalau awal-awal lagi berkata “tak boleh”, maka tak mungkin anda boleh memantapkan daya ingatan anda.

Blog 08Ini bukan sesi soal jawab … tetapi peserta (bukan pelajar MRSM tetapi rakan dari sekolah sekitar)  yang ikut serta bagi contoh dalam latihan-latihan yang dijalankan mengenai nemonik.

Blog 06Enjoy the seminar …. Good !

Blog 01Bersama tuan Pengetua MRSM Alor Gajah, Tuan Haji Satari dan Timbalan-Timbalan Pengetua serta Guru Kaunseling.

SEMINAR TERBUKA CUTI SEKOLAH

May 25, 2009 at 8:53 am | Posted in 1 | 2 Comments

Seminar Bijak Belajar: Menyingkap Rahsia Kejayaan dan Strategi & Motivasi Belajar Malaysian Top Students di Alor Setar, Sungai Petani dan USM-Pulau Pinang.

Click Di Sini Untuk Pendaftaran On-Line   

Kami boleh fakskan borang kepada anda. Sila telefon 04-4651130

Seminar Location 007

Seminar Bijak Belajar: Menyingkap Rahsia Kejayaan dan Strategi & Motivasi Belajar Malaysian Top Students

Mereka bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga menyerlah dalam aktiviti ko-kurikulum. Sebahagian besar daripada mereka tidak pun menghadiri kelas tuisyen. Itulah Malaysian Top Students — yakni pelajar terbilang negara yang telah mempamerkan prestasi akademik yang hebat. Jadi apakah rahsia kejayaan mereka ? Apa pula yang membezakan mereka dengan pelajar-pelajar lain?

Persoalan ini akan dibicarakan dengan mengambil contoh sebenar Malaysian top students seperti Azali (21A), Nik Madihah (20A) Siti Fatimah (18A), Nadiah Amira (18A), Nur Amalina (17A1) dan lain-lain pelajar cemerlang Malaysia. Berdasarkan pengalaman pelajar terbaik negara yang dibentangkan dalam Seminar ini, para peserta akan memperolehi prinsip, panduan dan petua yang berguna untuk menyerlahkan potensi diri yang terpendam selama ini.

Sama ada bagi pelajar sekolah rendah yang sedang membuat persediaan rapi untuk peperiksaan UPSR atau abang dan kakak sekolah menengah yang bertungkus lumus untuk cemerlang dalam PMR-SPM, prinsip, panduan dan kaedah belajar yang diamalkan oleh Malaysian Top Students tadi pasti relevan serta berguna bagi membantu mana-mana pelajar yang mahukan kecemerlangan.

Jadi teras utama seminar ini bukan sekadar MOTIVASI belajar tetapi juga STRATEGI belajar yang boleh membantu pelajar membuat persiapan peperiksaan dengan lebih mantap.

Dalam dua jam terkahir, Dr. Shukri Abdullah akan mengadakan sesi khas bersama ibubapa sahaja. Mereka akan dibimbing secara ringkas dengan tips-tips menarik agar mudah membantu anak khususnya yang baru selesai menghadiri Seminar Bijak Belajar. Ini meliputi dalam setengah jam terakhir di mana ibubapa akan diperkenalkan dengan program e-pembelajaran yang boleh membantu anak mereka membuat latihan dengan lebih berkesan. Ia termasuk sebagai contoh, laluan kepada 16 tahun soalan-soalan peperiksaan terdahulu (catatan: soalan peperiksaan lalu hanya bagi pelajar yang akan menduduki UPSR – PMR sahaja) untuk  memudahkan anak membuat latihan menjelang peperiksaan.

JAMINAN PRIBADI DR. SHUKRI ABDULLAHJika seminar ini membosankan dan tidak relevan dengan pembelajaran anak mereka, wang seminar akan dikembalikan sepenuhnya. Selepas hampir 20 tahun mengendalikan seminar pembelajaran bersama pelajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan peringkat kolej dan universiti, Dr. Shukri Abdullah amat yakin sekali dengan modul pembelajaran Bijak Belajar yang dibentangkannya itu.

BAHAN SEMINAR:  (a) Buku Panduan Seminar – TemanStudi 1 (pelajar sekolah menengah) dan (b) TemanStudi 3 (pelajar sekolah rendah) (c) Satu set Pen Magic untuk setiap pelajar bagi membuat nota.

KOS PELABURAN SEMINAR (Sekolah Rendah & Menengah)

RM 120  Seorang

RM 100  Seorang    (Daftar 2 Adik Beradik)

RM   90  Seorang    (Daftar 3 Adik Beradik)

DAFTAR SECARA BERKUMPULAN:

RM   90  Seorang    (Daftar Minimum 5 Orang secara berkumpulan                                     sebelum hari seminar)

RM   80  Seorang    (Daftar Minimum 10 Orang secara berkumpulan                                    sebelum hari semin

PENDAFTARAN ON-LINE: Sila layari  http://www.drshukri.com

INFO LANJUT / PERTANYAAN: Sila hubungi Pn. Rokiah Jamaluddin di 04-4651130 atau 012-4232130

Agenda copy

SM Islam Hidayah Johor Bahru: The Teacher Factor

March 13, 2009 at 2:27 am | Posted in 1, Foto Seminar, Panduan untuk Guru, Seminar | 6 Comments

Kamis, 12 Mac 2009: Seminar Bijak Belajar Bersama 232 Pelajar Tingkatan 3 dan 5

Pada hari keputusan SPM diumumkan kebetulan saya mengendalikan seminar di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH-JB). Ini bukan kali pertama … tetapi berulangkali SMIH-JB mencatatkan prestasi yang membanggakan dalam peperiksaan utama negara. Keputusan SPM yang diumumkan semalam ternyata ada peningkatan ketara. Tahnian kepada Pengetua, Pn Kamaliah and team. Ini lebih-lebih lagi memandangkan INPUTnya, yakni kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 ke sekolah berkenaan bukan dari cream yang memperolehi kesemuanya 5A-UPSR seperti SBP, MRSM dan SMKA lainnya, namun prestasi pelajarnya, yakni OUTPUT cukup membanggakan. In many instances they outdo many premeir schools in Johor. Their main competitor, their benchmark is the Malaysian top school at JB … Sekolah Tun Fatimah. Wow !

Dari banyak lawatan saya ke sekolah berkenaan sejak lebih lima tahun yang lalu mengendalikan program bersama pelajar SMIH, saya difahamkan salah satu faktor ialah KOMITMEN GURU walaupun gaji mereka dan kemudahan yang mereka terima tidak sebaik yang diperolehi oleh rakan mereka di sekolah-sekolah kementerian. Yes, its the TEACHER FACTOR. Itu juga salah satu tekanan saya dalam Seminar SuperTeaching kepada guru-guru di seluruh negara — the teacher factor.

boys

girls

terima-cenderamataMenerima cenderamata dari Ustazah Wan Noranini, Penolong Kanan HEP SMI Hidayah

drsa-kena-massageSalah satu signature Seminar saya, bagi merelaks dan menyegarkan peserta khususnya di sesi petang, peserta perlu massage satu sama lain .. diiringi musik yang sesuai. Lihat gambar ini dan gambar di bawah …..

girl-massage3

girl-peserta-ke-depan               boy-peserta-ke-depan

“Never Give-Up With Your Students” – SuperTeaching Bersama Guru SMK Guar Perahu, Seberang Prai

March 1, 2009 at 1:12 pm | Posted in Foto Seminar, Panduan untuk Guru, Seminar | 3 Comments

Seminar SuperTeaching, 8.30 Pagi – 5.00 Petang Bersama 90 Guru SMK Guar Perahu, Sabtu, 28 Februari  Pusat Sumber Tasik Glugor, SPU

“Never give-up with your students”  itulah satu di antara pelbagai persoalan yang diketengahkan dalam Seminar SuperTeaching pada Sabtu 28 Februari 2009.

Barangkali kita sebagai seorang guru atau memegang apa jua jawatan sekarang kini berjaya kerana semasa kita di sekolah dulu ada seorang guru yang tidak pernah berputus asa membantu kita. Dia tidak give-up dengan kita. Dia berusaha bersungguh-sungguh membantu kita. Dia tahu kita berpotensi, cuma kita tidak sedar akan kehebatan diri kita. Dia mahu kita menyerlahkan potensi diri sebab itu dia berusaha bersungguh-sungguh membantu kita.

Alangkah hebatnya guru itu. Sudah tentulah sekadar berterima kasih kepadanya tidak mencukupi. Atas usahanya yang diberkati Allah itulah kita hari ini berjaya. Kejayaan kita turut dinikmati oleh ibubapa kita, oleh keluarga kita dan kalau kita kini pemimpin (masyarakat, daerah, negeri atau negara) orang lain turut menikmati kepimpinan dan kebolehan kita. Atas sebab itu pujangga berkata kesan kehebatan seorang guru itu infiniti. Tida ada nokhtah. Ia terasa sehingga sampai bila-bila. Lantaran itu jugta saya sering tekankan bahawa tugas guru adalah yang termulia kerana kita membina generasi baru, membina tamadun baru, membina manusia … dengan syarat kita mengajar dengan IKHLAS.

Bila bertugas dengan ikhlas, ia adalah satu ibadah.

Apa yang seorang guru lakukan kadangkalanya hanya perkara kecil seperti– menepuk bahu dan memberi kata-kata ransangan; atau memberi nasihat dan teguran; atau mengambil berat pelajar yang selama ini diabaikan di rumah; atau ikhlas memarah pelajar berkenaan; atau tunggu selepas sekolah membantunya; atau menziarahi keluarganya dan memujinya dihadapan ibubapa; atau memberi tugasan dan peranan tertentu sehingga pelajar berkenaan merasa dihargai … dan ribuan cara lagi asalkan ada keikhlasan di pihak guru yang tidak kenal erti berputus asa mendidik anak bangsanya. Cikgu, selamat maju jaya.

01

Bersama Pengetua Kanan Cemerlang, En.Nadzir Ali, sebelah kiri saya dan barisan guru kanan SMK Guar Perahu

021

031
052

061     

041

071

Guru hebat, Gaji berkat …. Sehari Bersama Guru SMA Makarimul Akhlak, Langgar Kedah

February 27, 2009 at 7:31 am | Posted in Foto Seminar, Panduan untuk Guru, Seminar | Leave a comment

Jumaat, 20 Februari 2009 (9 Pagi – 12.45 T/Hari dan 2.30 – 5.00 Petang) Hotel Sentosa, Alor Star

Kira-kira 23 staf Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak (SMAMA) Langgar Kedah mengadakan program SuperTeaching bersama saya di Alor Star. Kesempatan itu saya gunakan untuk membantu guru-guru SMAMA mengajar secara lebih kreatif serta fleksibel bagi memastikan pelajar dapat ikuti pengajaran dengan berkesan. Seperti biasa banyak perkara telah saya bentangkan dengan bantuan banyak klip vidoe menarik bagi mengukuhkan lagi ceramah saya. Bukan sekadar itu, orang yang mengajak orang lain mengajar secara kreatif mestilah dia sendiri terlebih dahulu perlu membuat pembentangan yang kreatif !

Di sini saya bercadang nak mengupas satu perkara saja. Guru yang hebat mendapat gaji yang berkat. Saya minta para peserta membayangkan apa akan berlaku sekiranya anak-anak mereka (kalau belum/tiada ada anak … mungkin adik-adik mereka, anak saudara kesayangan mereka) diajar oleh guru seperti mereka. Bagi guru yang selama ini mengajar dengan baik dan bersunggug-sungguh serta berdedikasi sudah tentulah gembira dengan soalan seperti itu. Namun bagi guru yang suka memberi alasan, kerja lepas tangan, banyak mencuri tulang dan mempamerkan pengajaran yang lesu dan hambar sudah tentulah tidak mahu anak mereka diajar oleh guru serupa mereka. Justeru itu khusus bagi kesemua guru saya selalu menyarankan “jika kita mengajar anak orang dengan baik, nescaya guru lain akan mengajar anak kita dengan baik” Sehubungan dengan itu, “jika kita mengajar anak orang secara lepas tangan, maka kita takut nanti anak kita pula ….. (tolong habiskan ayat ini).  

Saya utarakan persoalan ini di semua seminar SuperTeaching yang saya kendalikan. Saya menekankan perlunya ada keikhlasan mendidik dan mengajar. Perjalanan guru ke sekolah, pekerjaan guru di sekolah, perjalanan pulang balik dari sekolah, masa yang diambil memeriksa kerja rumah pelajar di rumah … semua adalah ibadah sekiranya kerja di buat secara ikhlas. Jika bekerja semata-mata kerana gaji, bukan sahaja habuan berbentuk ibadah tadi tidak wujud, malah stress sepanjang masa kerana umum mengetahui gaji guru tidak banyak sebenarnya dibandingkan dengan kerja-kerja lain yang memiliki kelulusan akademik yang sama. Letih ada terutama jika berhadapan dengan pelajar yang bermasalah serta sekitaran sekolah yang serba kekurangan. Tetapi jika pengajaran dibuat secara ikhlas, ia bukan sahaja satu ibadah, malah banyak keberkatannya.

Cuba buka mata dengan seluasnya dan lihat anak siapa yang banyak mendaftar di SBP, MRSM, SMKA dan kemudiannya di IPTA. Bukankah ramai anak guru ? Itu rezeki namanya khususnya bagi ibu dan bapa yang mengajar dan mendidik anak orang dengan baik. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Jiran yang baik satu rezeki. Anak yang bersopan, anak yang rajin bersolat, anak yang menghormati ibubapa … juga satu rezeki. Kesihatan yang baik satu rezeki. Ketenangan hati dan fikiran satu rezeki.

Justeru itu Cikgu, biarkan gaji tidak banyak dibanding dengan orang lain, InsyaAllah rezeki kita tidak putus, rezeki kita murah. Bersyukurlah kepada Allah kerana seperti yang saya juga sering utarakan, menjadi guru adalah satu profesyen yang paling mulia kerana ia membina generasi baru, ia membina tamaddun. Ia membina pemimpin masa depan.

Gambar-gambar di bawah: Pemangku Pengetua SMAMU, Ustaz Ahmad Shirozi bin Ahmad menyampaikan cenderamata kepada penceramah serta gambar para guru yang menghadiri seminar ini.

024
036

Bijak Belajar di SMK Pantai, Labuan

February 27, 2009 at 2:53 am | Posted in Foto Seminar, Panduan Peperiksaan, Seminar | 2 Comments

Khamis 19 Februari 2009, Dewan Perbandaran Labuan

021      04

031        05

Malaysia … Apakah Kita Negara Darul Tarfih (Darul Hiburan) ?

February 25, 2009 at 8:50 am | Posted in Isu-isu terkini, Lain-lain, Masalah negara, Untuk Renungan | 7 Comments

25 Februari 2009

lg-starz-final   faizal

mawi-ekin

Saya peminat gusti. Hari Ahad, malam Isnin lalu saya berehat sejenak di hadapan TV menonton “WWW Experiences” di saluran Astro 104. Dicelah-celah iklan, saya bermain-main dengan remote control dan terserempak dengan rancangan bintang LG Starz peringkat akhir. Saya jarang menonton dan tidak berminat program hiburan seperti itu. Saya sekeluarga langsung tidak pernah melayan program Akademi Fantasia sejak AF1. Malam itu saya bertekad mahu berselang seli di antara program gusti dan hiburan sebab bercadang mahu menulis sedikit mengenai pola hiburan yang keterlaluan di negara kita.

Sedikit latarbelakang sebagai perbandingan. Saya berkesempatan melawat beberapa buah negara luar. Tiap kali saya ada di sana saya sengaja meneliti program TV mereka untuk membuat perbandingan di antara TV kita dengan TV negara luar khususnya di negara barat terutama program berbentuk hiburan. Andaian saya ialah kalau di Malaysia sakan sekali pelbagai program hiburan, maka sudah tentulah lebih banyak lagi di sana. Andaian itu ternyata meleset sekali

Saya meneliti program TV di Washington DC dan Orlando (Florida) di USA; pekan St. George dan kota Vancouver di Kanada, bandaraya Perth di Australia, dan kotaraya Rome serta kawasan Sorrento di Itali. Selain daripada itu ialah di UK di mana saya berkesempatan tinggal untuk belajar di negara itu untuk satu jangka masa yang panjang dan selama tiga kali. Saya juga berkesempatan beberapa kali meneliti program TV Singapura sama ada sewaktu berada di JB mahupun di Singapura sendiri.

Ternyata dalam konteks komponen hiburan di TV, kita menjadi juara. Mungkin Malaysia kalah dengan Indonesia berdasarkan pengalaman singkat saya di Jakarta. Suatu malam semasa meneliti program TV di Jakarta semasa malam minggu, hampir kesemua menayangkan dangdut. Hebat lagi Indonesia. Dalam hal ini Singapura jauh di hadapan kita kerana terdapat banyak program TV sana yang berunsur educational. Yang banyak hiburan pula ialah saluran “Suria” … saluran Melayu Singapura !

Apa masalahnya dengan itu ? Kita menjaja merata tempat mahu meningkat warga kita dengan “mentaliti kelas pertama”. Mentaliti kelas pertama bukan “hiburan-based” ! Mentaliti kelas pertama “ilmu-based” ! Dulu sekali ada “talk-radio” yang pada saya cukup menarik, tetapi tidak bertahan lama. Radio kita hampir 90% hiburan-based. Rangkaian Nasional Radio Malaysia yang sepatutnya memuatkan banyak perbincangan untuk kepentingan nasional kini  pula  mengajak kita bernostalgia dengan Pop Yeh-Yeh !

Konsert cukup kerap diadakan di negara kita. Kelulusan untuk program konsert saya percaya mudah diperolehi dibandingkan dengan permohonan mengadakan syarahan agama, lebih-lebih lagi kalau penceramah tokoh yang “belum jelas pendirian politiknya”. Hampir setiap malam minggu ada saja konsert yang disiaranlangsungkan ke TV, justeru mendapat liputan seluruh negara. Jadi tiap malam minggu konsert boleh diikuti di rumah. Kalau kebetulan malam perayaan pilih saja konsert saluran mana yang kita mahu ikuti. Konsert tajaan pelbagai syarikat khususnya syarikat telekomunikasi menjelajah hingga ke desa pedalaman.

Kemuncak kesedihan dan juga kemarahan saya ialah pada malam sambutan tahun baru 2009 baru-baru ini. Ketika “our brothers and sisters” di Gaza di sembelih dengan peluru berpandu dan bom Yahudi, kita bergembira di Dataran Merdeka dan lain-lain tempat seluruh negara. Mengapa kita langsung tidak sensitifnya ? Mengapa, mengapa, mengapa !!!!  

Kemudian program “anugerah” yang sering ditonjolkan. Tak cukup Anugerah TV3, Anugerah Berita Harian, Anugerah Seri Angkasa, Anugerah AIM dan pelbagai anugerah lagi. Orang itu juga menjadi hos. Orang itu juga naik pentas. Orang itu juga mengambil tempat duduk hadapan. Yang bertukar fesyen mereka sahaja.

Itu tidak masuk lagi pelbagai program realiti yang berbentuk hiburan. Anak kecil dan nenek-nenek pun pandai mengundi orang yang mereka mahu menang. Hebat betul rakyat kita. Bijak sungguh guna ICT. Itu “minda kelas pertama ke”? 

Negara berpenduduk “minda kelas pertama” tidak berminat untuk disajikan dengan kenduri kahwin besar-besaran penyanyi. Itu tindakan dan tontonan “minda kelas kelima” !

Kemudian di satu pihak lagi kita marahkan remaja kita, anak muda kita, pelajar kita (termasuk saya yang sering marahkan peserta seminar saya yang terlalu asyik dengan hiburan) kerana mengabaikan pelajaran. Malah abang dan kakk kita di IPT pun sudah tercandu dengan hiburan. Malam konvokesyen yang meraikan graduan dijemputnya penyanyi yang hanya lulusan SPM (maaf, bukan penghinaan, sekadar perbandingan … banyak lulusan SPM jadi usahawan berjaya).

Apakah tidak dapat kita lihat kaitan di antara masalah remaja, masalah Mat Rempit dan Minah Rempit, masalah sosial remaja lelaki dan perempuan, masalah dadah yang tidak berkesudahan dan seribu satu masalah yang sering diketengahkan di media hari ini dengan situasi masayarakat yang membiarkan hiburan berleluasa ? Mari kita renung, mari kita fikir, mari kita muhasabh diri dengan harapan pihak berkuasa membuka mata dan memgambil tindakan yang lebih bijaksana menangani masalah ini.

« Previous PageNext Page »

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.