Bersama Pengetua-Pengetua Kanan Malaysia

October 9, 2008 at 6:21 am | Posted in Seminar, Umum | 1 Comment
Tags: ,

Khamis, 9 Oktober 2008

Dari 8-10 Oktober 2008, kira-kira 100 pengetua cemerlang (pengetua kanan) telah berhimpun di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland kerana mengadakan Majlis Anugerah Perlantikan Pengetua Kanan DG52 (K.U.P.) Bagi Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang) (#catatan: w/pun gambar di atas kelihatan para pengetua kanan perempuan sahaja, tetapi terdapat ramai juga pengetua kanan lelaki, cuma secara relatifnya jumlah lebih rendah … setakat yang menghadiri majlis berkenaan)

Bagi menjayakan majlis berkenaan saya telah dijemput untuk menyampaikan dua jam ceramah bertajuk “Budaya Kerja Cemerlang” di majlis berkenaan. Fokus ceramah saya (seperti biasa yang diiringi oleh slide Powerpoint yang “powerful” serta selingan klip video dari filem-filem Ingeris, Hindustan dan China [maaf tiada klip dari filem Melayu … kerana ternyata filem Melayu terlalu fokus pada soal cinta … hinggakan tidak banyak yang boleh digunapakai untuk tujuan pendidikan … isu ini akan saya bincang kemudian, kerana di kebelakangan ini dengan munculnya sutradara seperti Afdlin Shauki sebagai contoh, banyak filemnya berkisar kepada soal kehidupan …]) khususnya bertujuan untuk melontarkan ide-ide dan pemikiran untuk para pengetua berfikir dalam mewujudkan budaya cemerlang di sekolah.

Sekadar catatan sampingan, saya juga gembira kerana di samping beberapa orang pengetua yang memang saya kenali, saya juga berkesempatan bertemu dengan seorang classmate saya semasa saya di Tingkatan 6 Sultan Abdul Hamid College Alor Setar yang saya tidak temui sejak tamatnya HSC (Higher Certificate of Education — STPM) pada tahun 1971 dulu. Beliau ialah Puan Alaina Hasani Md Noor yang kini bertugas sebagai pengetua cemerlang di SMK (P) Seri Aman, Petaling Jaya. Malah tahniah kerana Puan Alaina kini menyandang gred JUSA C, satu-satunya kedudukan exclisive yang hanya disandang oleh segelintir Pengetua saja di seluruh negara.

Advertisements

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.