Untuk Renungan: Ramadan Terakhir Buat Kita ?

September 2, 2008 at 3:49 am | Posted in Umum, Untuk Renungan | 2 Comments
Tags:

Selasa 2 September 2008

‘Ramadhan’ Terakhir Ini Buat Siapa ?

Ya Allah Ya Tuhanku, jika benar ini Ramadhan ku yang terakhir,

Permudahkan untuk ku berzikir kepada Mu, tanpa ada rasa jemu,
Kurniakanlah bagi lidah ku agar basah setiap waktu
Berlagu syair rindu penuh merayu kepada Mu, Tuhan yang  Satu.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tentu solat yang ku kerjakan diawal waktu

Penuh khusyuk dan tawadduk, antara tubuh dan qalbu berdiri menyatu

Memperhambakan diri kepada Mu, YaAllah Rabbul Jalil.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir,

Ampunilah hambamu kerana sering curang pada janji
‘Innasolaati Wanuusuki Wamahyayaa wamamaati Lillahirabbil aalamin ‘
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku..
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam.

Andai ku tahu ini Ramadhanku yang terakhir
Pasti ku berjanji tidak akan ku sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Dan masa yang diberi kepada ku dikesempatan yang lapang dan terluang
Untuk ku selongkar ayat-ayat Mu dari kitab yang diwahyukan kepada Nabi Mu
Untuk bekal ‘hari’ ku di barzah Mu

Akan ku dendangkan dan ku syairkan di setiap waktu biar sebati ditubuhku


Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tidak akan ku biar malam ku berlalu, pasti ku sujud bertahajjud kepada Mu
Dengarlah rintihan hamba Mu kerana sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga Mu,

Namun aku juga tidak sanggup untuk menghuni neraka Mu

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Sudah pasti aku tidak akan melupakan kaum keluargaku
Ayuh ! marilah kita meriahkan Ramadhan ini, mari kita buru dan cari
Satu malam yang sangat ‘abadi’ yang lebih baik dari seribu bulan di bumi.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Pasti akan ku persembah batin dan zahirku menanti salam Izrail
Rohani dan jasmaniku di kiri dan kanan ridha’ ar-rahman

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan kami yang terakhir
Jadikanlah ia Ramadhan yang paling manis penuh bererti dan berseri

Menerangi kegelapan hati kami untuk menuju jalan ridha’ dan kasih saying Mu
Agar indah kehidupan kami di barzah Mu sebelum sampai ke penghidupan penuh abadi

Namun teman, tiada insan yang telah mengetahui tentang Ramadhan ini,

Apakah yang terakhir kali buat kami.


Seandainya benar Ramadhan ini yang terakhir buatku teman
Maafkan kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan
Yang tersembunyi ataupun yang nyata di mata hati
Mohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki

” MARHABAN YAA RAMADHAN”  Aminnn !

Diubahsuai semula oleh tn. haji ‘albanjari online‘/politik banjar

 

 

Advertisements

RITMA RAMADAN … Kreatif Sungguh Mereka …

September 2, 2008 at 3:37 am | Posted in Umum, Untuk Renungan | 1 Comment
Tags:

Selasa 2 September 08

Sempena kedatangan bulan mulia Ramadan al Mubarak seperti biasa rakan taulan dan sanak saudara menghantar pelbagai macam SMS sebagai ucapan menyambut bulan keampunan itu. Sesetengahnya cukup menarik sekali. Saya akan turunkan beberapa SMS berkenaan untuk tatapan pengunjung sekelian. Kita kurang pasti siapa pencipta asalnya … semoga setiap orang yang menerima SMS berkaitan dan tersentuh dengannya pasti pengarangnya mendapat ganjaran. Ganjaran itu berpanjangan hingga … sampai bila-bila. Alhamdulillah.

1. Perkataan tercantik, “Allah”, Lagu paling merdu, “Azan”, Kitab terulung, “Al Qur’an”, Senaman terbaik, “Solat”, Terapi jiwa paling berkesan, “Tahajjud”, Diet paling mujarrab, “Puasa” … SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN

2. Moga-moga Allah jadikan pagimu cahaya, zohormu gembira, asarmu bahagia, maghribmu keampunan, isya’ mu keberkatan dan doamu tidak ditolak dan rezekimu pula diluaskan. Selamat menyambut ramadhan al mubarak.

3. Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan, petir dan kilat. Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hadiahkan kita PELANGI. Allah berikan kita puasa untuk bagi peluang kita sucikan diri dari dosa-dosa lalu, kemudian Dia hadiahkan lagi PAHALA dan HARI RAYA. Beruntungnya kita kan. Selamat menyambur bulan Ramadan dan Selamar Berpuasa.

4. Jika harta adalah racun, zakatlah penawarnya. Jika umur adalah dosa, maka taqwa dan taubatlah ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadanlah pemutihnya. Sambutlah gerbang ramadahn dengan penuh kesucian hati.

5. Marhaban ya Ramadan: Namamu diingati, Kedatanganmu dicari, Ganjaranmy dihajati, Indahmu diberkati. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

6. Sempena akan Ramadan yang akan menjelang ini, sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa dan top-up ilmu agar boleh redeem pahala. Selamat berpuasa.

Ada lagi yang menarik ?. Boleh hantar kepada saya untuk kita kongsi bersama. Terima kasih. Selamat menyambut ramadan, perbanyakkan membaca Al Qur’an.

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.